10 golongan target scammer sindiket penipuan. Hati-hati jangan sampai terpedaya.

Isu tentang scammer dan sindiket penipuan ni tak pernah surut ditelan masa. Mesti ada je. Hilang satu isu, muncul yang baru.

Kita mestilah taknak terjebak dengan sindiket penipuan ni kan? Jadi jaga-jaga. Alertkan juga orang tersayang korang jangan mudah percaya. Kalau tak, duit yang sepatutnya boleh membantu kita, jadi hangus.

Ni Min bawakan perkongsian Khairul Ezuwan yang power gila. Hadamkan elok-elok.

Anda dari 10 golongan ini? BERHATI-HATI. Anda adalah target utama Sindiket Penipuan. Yang last sekali tu bukan propa tau. Memang benar-benar berlaku.

Golongan #1 : Pesara atau VSS

Mereka adalah orang yang mencari sesuatu untuk menggantikan pendapatan bulanan mereka yang hilang dan mereka mempunyai sejumlah cash yang agak besar. Ini makanan ranum pada sang sindiket .

Golongan #2 : Penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana

Mereka mencari sesuatu untuk menambah pendapatan dan mereka mempunyai kemudahan pembiayaan peribadi dengan mudah. Sindiket ini memandang ini sebagai lauk makan tak habis mereka sebab ada dimana-mana sahaja.

Golongan #3 : Mereka yang mahukan rumah murah

Mereka mempunyai masalah untuk membeli rumah dengan harga yang mahal masa kini. Bila ditawarkan dengan harga yang cukup murah, mereka akan bergolok bergadai , meminjam dari bank termasuk meminjam dari sanak saudara malahan “Ah Long” disebabkan tidak mahu terlepas peluang keemasan.

Golongan #4 : Mereka yang menderita sakit 

Bagi mereka yang menderita sakit wang bukan jadi keutamaan mereka . Apa sahaja yang dijanjikan dan disogokkan di hadapan mereka untuk kembali sihat, mereka akan terima Apa sahaja tawaran walaupon ia hanya janji palsu.

Golongan #5 : Mereka yang mahu pergi umrah dan haji tapi kurang kemampuan

Bagi mereka ini adalah satu kewajipan dan malah salah satu dari Rukun Islam untuk ibadah haji yang dituntut bagi mereka yang mampu. Tidak mampu untuk Haji , umrah pon memadai bagi mereka yang kurang mampu ini. Bila ditawarkan kos umrah yang sepatutnya RM7000 dengan RM3000 yang mana kononnya kos RM4000 Itu ditanggung oleh pihak tertentu, mereka akan teruja mencari duit untuk tidak melepaskan peluang tersebut.

Golongan #6 : Mereka yang terdesak kewangan

Golongan ini akan mula melimitkan fikiran mereka hingga melupakan kesannya semata-mata untuk dapat penyelesaian masa pendek . Mereka boleh terjebak dengan ‘Pemberi Pinjaman Haram’ yang akan menghambakan mereka seumur hidup , pinjam RM1500 , dah bayar RM30000 pon tak habis-habis bayar bunga lagi.

Golongan #7 : Mereka yang tidak mampu lagi membayar pinjaman kenderaan 

Mereka nak jual kereta tersebut kerana tidak mampu lagi untuk menanggung bayaran bulanan, tetapi baki pinjaman masih banyak. Sindiket ini akan datang menawarkan solusi seperti pakej sewaan , cagaran dan sebagainya. Akhirnya kereta lesap, mereka bankrupt.

Golongan #8 : Mereka yang dahagakan ilmu untuk berjaya 

Golongan ini perlukan ilmu dan mudah terinspirasi dan teruja dengan kejayaan orang lain.

“SAYA BARU UMUR BARU 28 TAHUN, SAYA DAH BOLEH SIMPAN 50 KILO EMAS. SAPA NAK BELAJAR DIRECT DENGAN SAYA DAN CONFIRM BERJAYA, BAYAR YURAN RM30,000”.

Apa yang ditunjukkan bukan Emas 50 kilo , tetapi hanya modal sewa kereta Lamborghini untuk tampak meyakinkan. Lepas dapat 300 peserta yang bayar, dapat la dia beli 50 kilo emas.

Golongan #9 : Mereka yang sukakan kemewahan sedangkan mereka tidak mampu

Mereka seperti ini selalunya akan dijadikan tali barut kepada sindiket penipuan. Mereka ini akan jadi tali barut yang setia kerana sudah disuap dengan kemewahan namun akhirnya mereka dikambing hitamkan dari segi perundangan atau ancaman. Kepalanya elok jer selamat tidur lena dengan duit.

Golongan #10 : Mereka yang kecewa dengan dividen ASB

Kata mereka , buat apa melabur kat ASB , dividen sikit 6.75 setahun. Sindiket datang menawarkan,

“KELUAR JER ASB TU, DIVIDEN CIPUT. MEH MELABUR DENGAN KAMI. KAMI BAGI RETURN 20% SEBULAN”.

Baru dapat imbuhan bulan pertama 20% bukan main eksen lagi, ASB disampahkan jer. Lepas bulan kedua baru sedar 80% dari modal pon terus lesap.

Jangan gopoh nak kaya cepat. Tambah lagi kalau tu hard earned money korang. Dah kerja penat penat, duit lebur pulak kang.

Jangan mudah percaya dengan skim entah apa-apa di luar sana. Buat research dulu kalau korang dapat tawaran skim melabur. Semak sebelum percaya.

Perkongsian ni bermanfaat? Silakan SHARE dekat orang tersayang korang sekali supaya sama-sama tak tertipu dengan scammer.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *