10 tips beli rumah melalui ejen hartanah untuk elak deposit rumah hangus

Salah satu cara untuk kita beli adalah dengan guna ejen hartanah.

Namun, satu perkara yang kita kena hati-hati adalah deposit rumah jangan sampai hangus. Ye , deposit rumah pun boleh hangus tau.

Sebelum masalah ni terjadi kat korang, jom hadamkan ilmu best dari Tuan Amir Syahir ni laju-laju. Semoga bermanfaat dan moga 2020 ni kita mampu beli rumah. Aaminn.

Urusan jual beli rumah subsale akan lebih mudah jika kau menggunakan khidmat ejen hartanah. Tetapi tidak bermakna kita perlu menyerahkan 100% urusan kepada ejen hartanah. Kau mesti juga tengok keadaan rumah yang hendak dibeli.

Jadi, kau boleh melawat dan memeriksa hartanah yang hendak dibeli bersama-sama dengan ejen hartanah. Setelah memeriksa rumah dan kau masih berminat dengan rumah tersebut, ejen akan meminta kau untuk membayar 3% deposit daripada harga rumah sebagai “earnest deposit”/wang tanda jadi.

Ada juga yang perlu membayar “lock fee” terlebih dahulu sebagai tanda setuju untuk membeli rumah tersebut. Jumlahnya bergantung kepada agensi ejen tersebut. Kemudian, baru selesaikan lagi baki 7% deposit semasa menandatangani SPA.

Apa yang kau perlu tahu apabila berurusan dengan ejen hartanah dan deposit rumah ini ialah:

Tips #1 : Bayar duit deposit kepada agensi

Pastikan berurusan dengan ejen hartanah yang berdaftar. Booking hendaklah dibayar ke akaun bank agensi ejen tersebut. Bukannya transfer duit booking ke akaun persendirian ejen atau membayar tunai ke ejen. Kalau ejen tersebut kita sudah kenal tak jadi masalah. Kita boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga.

Macam mana nak kenal dengan REN yang berdaftar?

i. Biasanya ejen hartanah mempunyai kad kuasa tag berwarna merah. Dalam kad tersebut mengandungi nama, No. K/P dan nombor ID REN tersebut.

ii. Semak di : http://lppeh.gov.my/. Klik “Search”.

Kau boleh dapatkan nombor telefon beliau dan nombor telefon pejabat. Dapat business kad lagi cun. Ada juga kes REN dah berhenti kerja lepastu menyamar jadi REN. Kau boleh sahkan sama ada REN tersebut masih bekerja di agensi dahulu atau tidak.

Tips #2 : Buat bank draf

Booking boleh dibuat menggunakan cek, bank draf, melalui mesin deposit, secara online ataupun melalui mesin ATM. Simpan segala bukti pembayaran.

Tips #3 : Pastikan ada perjanjian

Sebelum membayar booking, pastikan ada perjanjian antara kau dengan penjual. Ia dikenali sebagai Letter Of Offer To Purchase (OTP). OTP ni borang persetujuan hitam putih antara penjual dengan pembeli di atas harga jualan hartanah tersebut.

Tips #4 : Maklumat OTP

Pastikan di OTP tersebut ada maklumat:
i. Jenis hartanah.
ii. Alamat penuh hartanah.
iii. Jumlah nilai booking yang perlu dibayar.
iv. Harga beli yang telah dipersetujui.
v. Tarikh.
vi. Tandatangan penjual dan pembeli berserta saksi (ejen hartanah).

Tips #5 : Syarat perjanjian

Antara syarat lain yang terdapat dalam OTP ialah tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA), biasanya antara 14-21 hari bekerja.

Tips #6 : Duit deposit burn ke?

Kau haruslah mendapatkan kepastian dengan ejen hartanah sekiranya pembiayaan perumahan kau tidak diluluskan. Kau perlu tahu apa akan jadi dengan duit booking tersebut sama ada dipulangkan ataupun hangus begitu sahaja.

Biasanya jika pembiayaan perumahan kau oleh pihak bank tak lepas, deposit akan dipulangkan balik. Jadi, kau kena tanya ejen betul-betul.

Tips #7 : Simpan salinan OTP

Pastikan kau mendapat salinan OTP ini untuk simpanan.

Tips #8 : Bayar baki SPA

Setelah peguam menyiapkan SPA, penjual dan pembeli akan menandatangani SPA ini. Sebagai pembeli kau perlu membayar baki 6.82%-7% sebagai baki wang deposit 10% kepada penjual.

Baki 90% harga jualan rumah pula perlu dibayar dalam masa tiga bulan daripada tarikh SPA ataupun mengikut tarikh yang dipersetujui.

Tips #9 : Sentiasa follow -up

Proses siapkan SPA akan dilakukan oleh peguam. Namun kau perlu sentiasa “follow up” dengan peguam tersebut.

Tips #10 : Baki jualan

Peguam akan memastikan bahawa rumah yang dibeli tidak mempunyai tunggakan bil cukai pintu, cukai tanah, air, elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya.

Setelah selesai kesemuanya, peguam akan menyerahkan baki harga jualan 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, penjual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. Setelah itu, kunci pula akan diserahkan kepada pembeli.

Berhati-hati semasa nak beli rumah. Zaman sekarang, ramai yang sanggup buat apa saja demi wang. Jangan mudah terpedaya dengan skim rumah murah. Mungkin rumah tu tak wujud pun. Duit kau dah lesap.

Semoga kita semua tidak tertipu dengan golongan yang suka mengambil kesempatan ini. Sebab tu kena ada ilmu.

Kau kena semak dulu CCRIS dan DSR kau sebelum beli hartanah. Semak kelayakan pembiayaan yang bank boleh bagi mengikut pendapatan kau. Takdelah lepas dah bayar booking, bank tolak pembiayaan perumahan kau.

Fuh, pening tak? Kalau pening, perlu banyak membaca tentang ilmu hartanah lagi. Kah!

Sebelum buat keputusan untuk beli hartanah, pastikan kita tahu maklumat-maklumat penting terlebih dahulu.

Jangan sampai duit kita melebur.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *