10 Tips Padu Kawal Kewangan Bermula 2020 Ni
Dah penat-penat belajar, baru mula pegang duit sendiri, mestilah macam-macam planning nak buat kan?
Tunggu dulu jangan excited sangat. Kak Min faham dah ada duit sendiri ni rasa kita boleh buat ikut suka je.
Tapi ramai yang tak tau. Lagi lambat korang mula rancang kewangan, lagi lambat korang nak menyimpan.
Dan bila dah sampai satu tahap, baru sampai rasa menyesal tak sudah. Kak Min tak nak korang jadi macam tu.
Nah, ni ilmu wajib yang korang patut amalkan. Hadamkan perkongsian Amir Syahir ni elok-elok.
–
Panduan ini khusus untuk graduan muda yang baru bekerja ataupun yang masih belajar di universiti.
Dah ada segulung ijazah dan bergaji, korang mula melangkah dalam kehidupan sebagai seorang yang lebih dewasa dan menguruskan kehidupan dengan pendapatan sendiri.
Pengurusan kewangan tidak diajar di universiti. Jadi, korang sendiri kena usaha untuk belajar. Jangan sampai tersungkur di pintu muflis baru nak belajar.
Korang boleh memilih untuk bersuka ria, beli benda yang kau suka, beli kereta import mewah, pergi travel sana sini. Lepastu up gambar dekat Insta. Sebabnya nak rewards yourself. Apa guna ada gaji besar tapi hidup tak enjoy kan?
Korang seharusnya celik kewangan dan melabur di usia muda ini. Mungkin usaha korang tidak nampak sekarang, tapi hasilnya lagi 10-20 tahun akan datang.
Antara Cara Yang Korang Boleh Buat Adalah:
1. Mulakan menabung. Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tak konsisten, gaji korang akan hilang entah ke mana.
.
2. Buat tabung kumpul Si Hijau (RM5) atau Si Oren (RM20) supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan. Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti korang akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.
.
3. Masa korang bujang, kau mampu untuk menyimpan lebih banyak. 50%-70% daripada gaji. Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je. Ada GST pula tu.
.
4. Buat bajet bulanan supaya perbelanjaan tidak lari daripada yang sepatutnya. Jika korang gagal untuk merancang, korang merancang untuk gagal.
.
5. Tak perlu nak berjalan-jalan ke luar negara dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tetapi menyimpanlah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama.
.
6. Kena mula melabur dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan dijamin kerajaan secara konsisten. Buat ASB Financing, unit amanah ataupun potongan ke Tabung Haji. Beli rumah di usua muda. Biar ada aset hartanah.
.
7. Korang perlu tangguhkan kehendak. Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date. Yang penting korang tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat korang senang untuk 30 tahun yang akan datang.
.
8. Korang perlu kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya.
.
9. Jangan terus beli kereta import mewah yang ansuran dekat RM1000 sebulan. Duit minyak kereta dah RM300. Habis dekat separuh gaji. Korang beli kereta ansuran murah, baki gaji dapat beli rumah.
.
10. Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak. Ini tak, semua hutang korang bantai. Nak kahwin pun berhutang. Beli perabot, telefon pintar pun berhutang. Kurangkan hutang yang tak perlu.
Korang perlu tangguh nikmat hidup bila mula dapat gaji. Tangguhkan kehendak di usia muda. Korang kena amalkan ‘Delayed Gratification’.
Nafsu muda, nafsu nak beli itu ini serupa tiada hari esok. Kehendak yang menggunung memang selalu wujud. Tapi ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Ambil lah perlindungan takaful di usia muda. Jangan pernah kata rugi je ambil sebab kau tak perlukan lagi.
Amalkan simpan dahulu sebelum berbelanja. Bayar dulu diri sendiri sebelum habiskan duit gaji membeli belah.
Kejayaan sebenar dalam hidup korang ialah memberi manfaat kepada orang lain, bukan sekadar kejayaan mendapatkan segulung ijazah. Ingat tu.
Korang boleh memperbaiki kesilapan suatu hari nanti, tapi orang yang bijak akan belajar daripada kesilapan orang lain.
–
Sekarang, korang dah tahu apa yang patut dibuat.
Dalam hidup, kita sentiasa ada pilihan. Yang jadi beza adalah apa yang korang pilih. Pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri.
Perkongsian ni bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang baru graduate tu, supaya tak terjebak kat benda yang bukan-bukan.