Macam mana nak keluarkan simpanan KWSP ahli keluarga yang meninggal dunia?
Kematian, boleh datang secara tiba-tiba dan tanpa disangka. Kita tak tahu waktu yang tepat. Namun, kita boleh membuat persediaan. Antara yang penting adalah KWSP kita.
Bagi yang bekerja, KWSP adalah salah satu perkara penting untuk ada. KWSP bukan sekadar untuk masa bersara, namun juga andai kata terjadi perkara yang tak diingini, contohnya kematian, simpanan tersebut boleh membantu ahli keluarga.
KWSP menggalakkan ahli untuk buat penamaan untuk membolehkan waris terdekat untuk keluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang masalah.
Mengikut maklumat yang Min baca di website KWSP, ahli keluarga di bawah tanggungan kita juga akan dipertimbangkan untuk terima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam menghadapi waktu kesulitan.
Apa yang kita perlu buat untuk tuntut simpanan KWSP bagi ahli keluarga yang meninggal?
Kali ni Min nak kongsikan maklumat dari KWSP..
–
Apa dokumen yang diperlukan (bagi individu)?
- Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan / Akaun Semasa / Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank / Akaun Harta Pusaka Simati – Nama Simati)
- Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
- Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan / Amanah Raya Berhad (ARB))
- Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
- Salinan Dokumen SijilKelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
- Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
- Sijil Kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli / bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
- Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)
- Borang PerakuanTanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B))
Jika dah buat penamaan, si penama boleh datang ke cawangan KWSP untuk membuat permohonan tuntutan.
Kelayakan penama
- Berumur 18 tahun dan ke atas
Apa Yang Boleh Dikeluarkan
- Kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut bahagian penamaan yang dibuat.
Apa yang korang perlu tahu?
Ahli beragama Islam
Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.
Ahli bukan beragama Islam
Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.
Jika belum buat penamaan, ini yang korang boleh buat.
Siapa yang boleh memohon?
Ahli telah berkahwin | Ahli belum berkahwin |
---|---|
Balu/duda ahli, anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka | Ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusaka |
Apa yang boleh dikeluarkan?
Simpanan ahli/ Tempoh pengeluaran | ≤ RM2,500 | > RM2,500 – RM25,000 | > RM25,000 |
---|---|---|---|
Permohonan kurang dari 2 bulan dari tarikh kematian ahli | Bayaran sekali gus | Bayaran pertama: RM2,500 Bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli: Kesemua baki simpanan | Bayaran pertama: RM2,500 Bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli: RM22,500 Baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/ARB |
Permohonan lebih daripada 2 bulan dari tarikh kematian ahli | Bayaran sekali gus | Bayaran sekali gus | RM25,000 Baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/ARB |
*Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana individu yang telah di lantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.
Apa itu Bantuan Kematian?
Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP).
Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).
*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.
Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan kematian
- Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
- Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
- Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
- Ahli masih mempunyai simpanan KWSP
- Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
Cara Pembayaran
Bayaran Dalam Negara | Bayaran Luar Negara |
---|---|
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikredit ke dalam akaun pemohon Jika pemohon ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank | Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang pilihan pemohon Jika matawang pilihan pemohon terdapat di dalam senarai matawang yang disahkan |
Pemohon akan diberi Cek Jurubank Jika bayaran ke akaun pemohon gagal | Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang US Dolar Jika matawang pilihan pemohon tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan |
Peringatan Penting bagi permohonan tuntutan
1. Mengesahkan dokumen pemohon
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP).
2. Pastikan bank panel pemohon
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun pemohon.
3. Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat.
–
Bagi yang belum buat penamaan untuk KWSP korang, pastikan korang buat terus ye. Segala urusan jadi lebih mudah bila dah buat penamaan.
Min harap maklumat ni membantu korang sedikit sebanyak.
Ilmu ni bermanfaat? Silakan SHARE kepada keluarga dan rakan – rakan.