20 Tabiat Buruk Yang Boleh Rosakkan Tabung Simpanan

Ilmu pengurusan kewangan ni nak tak nak memang ilmu penting sekarang. Kalau kita tak mula urus kewangan, ada peluang untuk kita bazirkan duit yang ada.

Tu yang kadang masuk gaji, tengah bulan dah kering.

Mungkin kita ada terbuat tabiat buruk ni. Amir Syahir ada kongsikan 20 tabiat buruk yang boleh rosakkan tabung simpanan. Jom baca sampai habis.

Dalam menguruskan kewangan pun kalau tabiat korang yang boros berbelanja boleh merosakkan tabung simpanan korang selama ini.

Mungkin korang tak sedar sebab dah jadi tabiat. Korang anggap tu perkara biasa dah. Nak tahu? Jom baca!

Tabiat Buruk Yang Boleh Rosakkan Tabung Simpanan:

1. Dapat gaji, terus korang berbelanja sakan. Beli itu ini. Buka Lazada, Zalora itu mesti. Menyimpan nombor dua. Entah-entah tak sempat menyimpan duit dah pupus. Poket dah kering, makan je lah megi. Tak cukup lagi, pinjam duit kawan sendiri.

2. Beli kereta import mewah barulah kena dengan jawatan korang . Takkan orang ada ijazah naik kereta tempatan kot.

3. Dapat gaji terus korang modified kereta. Duit gaji habis begitu sahaja. Kereta korang gembira, duit simpanan korang berduka.

4. Bila dapat gaji korang rewards yourself kononnya. Tapi selalunya separuh gaji jugaklah korang belanja. Nak lepak kat kedai makan mewah je.

5. Korang rasa tak apa beli barang yang berjenama kerana boleh tahan lama. Tapi korang bantai beli sebulan sekali.

6. Baca buku pengurusan kewangan, beli ebook, pergi seminar korang kata mahal dan buang duit tapi berhutang dengan bank sebab tak pandai uruskan wang korang tak rasa buang duit dan membazir?

7. Korang percayakan janji-janji manis seorang scammer hanya kerana dia selalu tunjuk dan pujuk korang dengan wang yang banyak dan kereta mewah yang belum tentu kepunyaannya.

8. Korang tamak nak cepat kaya. Korang percaya orang yang korang tak kenal nak bagi korang kaya macam dia. Kalau dia kaya dia tak ajak korang kaya sekali. Baik dia ajak keluarga dan saudara mara dia je.

9. Bagi korang berhutang perkara biasa. Masa muda ni kalau tak keluar travel memang tak berkembang otak. Tapi korang bantai buat hutang peribadi untuk pergi travel, buat hutang kad kredit untuk beli IPhone, Go Pro, DSLR.

10. Sikap boros korang macam setan. Kasut dan beg tangan lebih banyak daripada buku hartanah dan pengurusan kewangan.

11. Korang nak beli tudung yang edisi terhad dan dijual oleh artis sahaja. Tuhan suruh korang tutup aurat je. Mahal murah boleh letak tepi. Beli tudung mahal pun tak reti nak tutup lepas dada juga. Main lilit belit je. Nasib baik tak tercekik. Tudung mahal-mahal tak kalis api neraka kalau pakai tak sempurna.

12. Bab beli barang korang yang nak berkualiti, nak yang berjenama. Tetapi bab nak menderma tabung masjid cari duit yang paling kecil nilainya.

13. Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit sebab nak kurus dan nak putih. Masa gemuk, tembam, berisi molek je bertudung labuh. Sempurna tutup auratnya. Tapi bila dah kurus hilang semuanya. Pakai baju ketat je. Rambut pun dah mula berkarat. Betis pun dah tunjuk ke orang.

14. Korang bila bertunang nak ada pelamin. Hantaran sampai 5-7 dulang. Baju tunang tempah siap / beli sendiri dah habis beribu ringgit. Habis terus duit simpanan korang selama ini.

15. Korang mampu merancang majlis perkahwinan yang gah di singgahsana. Tempah katering, mak andam, juru gambar yang beribu nilainya. Mohon pembiayaan peribadi RM30K untuk majlis kahwin. Kehidupan selepas kahwin pula bagaimana?

16. Korang nak buat “Wedding Of The Year” macam artis. Pinjam duit bank untuk satu urusan yang bakal dilupakan oleh orang lain. Sanggup berhutang sampai RM50K dan bayar balik selama 10 tahun. Anak korang masuk tadika pun hutang kahwin tak habis bayar lagi.

17. Korang kata “tidak mengapa, berkahwin sekali seumur hidup sahaja”. Pujuk hati sendiri kononnya. Tapi korang sendiri tidak tahu berapa lama jodoh korang sebenarnya. Ilmu rumah tangga korang langsung tak nak belajar.

18. Korang mengharapkan kebahagiaan selepas kahwin seperti majlis kahwin korang. Korang tak mampu bagi kehidupan yang lebih baik untuk anak isteri korang dan akhirnya terpaksa bercerai berai kerana buat majlis kahwin yang grand lima khemah, lima pasang baju pengantin dan kek lima tingkat tingginya. Kemain nak nombor lima. Pasal korang anak nombor lima.

19. Korang beli telefon canggih supaya tidak ketinggalan dengan peredaran zaman kononnya. Cepat dan pantas mencari maklumat terkini harapnya. Tetapi orang lain dah penuh ilmu di dada, korang masih tercari-cari sini sana. Gajet nak up to date, tapi ilmu tak nak upgrade.

20. Korang kata rumah semua mahal. Padahal korang yang tak berusaha mencari rumah yang korang mampu. Bukan itu je, deposit rumah pun entah ada ke tidak. Gaji pulak habis duk bayar hutang jahat.

Korang termasuk dalam golongan di atas? Kalau ada, bawa-bawalah berubah ye. Kalau tak nak berubah takpe. Nanti 10 tahun akan datang, akan menitis air mata penyesalan.

Kalau duit dalam bank serupa nombor telefontakpe la juga. Ini, gaji pun ciput. Cukup-cukup makan je. Tapi berlagak serupa orang ada-ada saja. Korang jadi geng Cat Lovers dah la. Jangan jadi geng Debt Lovers.

Tak bermakna kita tak boleh ubah tabiat buruk yang kita ada sekarang. Boleh sangat. Kak Min percaya korang boleh ubah.

Ia bergantung 100% kat diri kita sendiri, sama ada nak kekal statik dengan keadaan sekarang atau rangka strategi untuk uruskan masalah yang ada.

Kak Min harap, segala nasihat yang terbentang kat sini dapat berikan buah fikiran kat korang. Semoga berjaya, Kak Min doakan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *