4 kesilapan kewangan yang korang kena elak dari terbuat

Tanpa perancangan kewangan yang jelas, kewangan korang mungkin bakal berdepan dengan masalah bagi 2020 ni. 

Cuba bayangkan korang ada wang untuk melabur tapi tanpa tahu risiko yang korang bakal hadapi, korang akan tersilap memilih platform pelaburan. Tak ke sia-sia? Yang lagi teruk boleh terjadi adalah korang mungkin bakal kehilangan duit yang dah korang kumpul hasil bekerja keras. 

Sekiranya korang ada matlamat kewangan yang jelas, korang akan jelas dengan timeline yang korang nak capai. Contohnya berkahwin dalam masa 2 tahun. 

Dengan membuat financial planning secara detail untuk 2020, korang boleh elakkan 4 kesilapan dalam mencapai matlamat kewangan korang. 

Apa 4 kesilapan yang korang boleh elakkan untuk tahun 2020 ni? 

Kesilapan #1 Menyimpan Terlalu Sedikit 

Nak disiplin menyimpan ni memang sangat susah. Kejap semangat nak menyimpan. Kejap tak semangat. Semangat kita naik turun macam graf pelaburan.

Belum lagi masuk dugaan tergoda tengok duit banyak dalam akaun bank. Kan? 

Cara untuk elakkan simpanan korang makin menipis adalah letakkan tujuan spesifik untuk simpanan tersebut. Contohnya korang menyimpan di ASB untuk deposit rumah. 

Bila dapat gaji, terus tetapkan berapa yang korang perlu simpan. 

Nak dapat apa yang kita nak, tak mudah dan perlukan usaha. Nak simpanan yang banyak? Kita perlu kentalkan hati dan disiplin kaw kaw. Untuk sekian masa je. Tak lama pun. 

Kesilapan #2 Terkurang Atau Terlebih Perlindungan (Takaful) 

Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini kat korang, berapa banyak yang diperlukan supaya korang mampu bertahan? Ramai orang ambil takaful sebab dorang ada sense of fear. Hasilnya, korang terlebih ambil coverage takaful. Padahal, duit tu boleh digunakan untuk kembangkan aset. 

Namun, tanpa ambil kira betul-betul keperluan korang dan keluarga, korang mungkin sebenarnya terkurang ambil takaful. 

Dengan perancangan kewangan yang betul, korang boleh tahu berapa yang korang perlu belanjakan kat aset, tanpa perlu terlebih bayar kepada perlindungan. 

Apa kesan jika korang terlebih belanja pada perkara yang tak sepatutnya? 

Korang akan berdepan cabaran untuk rancang dana pendidikan anak-anak, plan persaraan atau kembangkan aset.

Kesilapan #3 Melabur Secara Membuta Tuli 

Untuk melabur, korang perlu kenal risk profile korang. Bila kita sendiri tak kenal jenis risk profile pelaburan, kita tak kan tahu berapa ROI dan apa yang kita patut expect bila melabur.

Melabur dalam pelaburan yang tinggi ROI contohnya 20% hingga 25% setahun, bakal membuatkan korang hilang duit kerana pelaburan tu high volatility. 

Kalau korang melabur dalam pelaburan yang ROI rendah, korang mungkin akan perlahan kembangkan duit korang.

Belajar untuk diversifykan portfolio pelaburan korang. 

Tanpa diversify, korang bakal stuck pada satu jenis pelaburan saja. 

Kesilapan #4 Terlambat Merancang Kewangan

Bermula lagi awal adalah lebih baik. Jadi mulakan langkah sekarang. Belajar simpan duit secara konsisten setiap bulan. Lama-lama korang bakal terbiasa dengan menyimpan. 

Tanpa goal yang jelas, korang akan cepat demotivated untuk disiplin ikut perancangan kewangan korang sendiri. 

“If you fail to plan, you plan to fail”

Jangan biarkan diri kita terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang. 

Dah masuk 2020 ni ambil masa sekejap untuk duduk dan check financial health korang. 

Your future self will thank you later.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *