4 tempat simpan duit paling bagus untuk anak muda
Berapa % yang kita perlu asingkan sebagai simpanan setiap bulan?
Ada yang sarankan 10 – 30 % daripada jumlah gaji.
Ada juga yang sarankan sampai 50% daripada jumlah gaji. Fuh !
Sebenarnya tak kisah pun berapa yang korang simpan setiap bulan. Yang penting, korang ada disiplin untuk menyimpan dan letak di tempat yang terbaik. Setiap orang ada jumlah simpanan masing – masing sebab ianya bergantung kepada kemampuan kewangan peribadi juga kan.
Apa – apa pun, mula menyimpan daripada sekarang.
Jadi kat mana nak simpan duit ni?
1. ASB
Jangan tertukar dengan ASB dengan ASB Financing.
ASB Financing lebih menjurus kepada ‘force saving’. Bagi yang berkemampuan, boleh lah buat ASb Financing.
Bagi yang mahu menyimpan seperti biasa, korang boleh menyimpan dalam ASB. Tentukan berapa komitmen kita menyimpan sebulan. Contohnya kita target nak komited simpan RM300 sebulan. Simpan dan lupakan.
Sekarang ASB dah ada fungsi auto labur. Korang boleh terus set berapa jumlah yang korang nak letak dalam ASB setiap bulan. ASB akan auto deduct daripada akaun bank korang. Auto labur boleh serendah RM30 je.
2. Tabung Haji
Selain daripada ASB, korang juga boleh menyimpan di Tabung Haji. antara kelebihan menyimpan di Tabung Haji adalah:
- Dividen dan bonus kecualikan cukai
- Zakat dibayar oleh pihak Tabung Haji
- Simpanan dan pengeluaran tanpa had
- Patuh syariah
- Sebagai persediaan menunaikan haji
3. Simpanan emas
Untuk simpanan emas, korang boleh mula buka akaun GAP yang disediakan oleh Public Gold. Simpan emas 1 gram setiap bulan.
Korang juga boleh memilih akaun GAP sebagai dana pendidikan anak.
4. Tabung duit berwarna
Tabung duit berwarna adalah cara menarik untuk korang latih diri disiplin untuk menyimpan.
Cara untuk mulakan tabung duit berwarna ni adalah korang kena tentukan warna duit yang korang nak asingkan sebagai simpanan. Contohnya duit RM 1 / RM5 / RM20. katakan korang nak mula tabung simpanan #duithijau (RM5), setiap kali dalam dompet korang ada duit RM5, terus ambil dan simpan dalam tabung.
Korang tak boleh guna langsung duit tu.
Bila dah hujung tahun nanti, korang boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.
–
Nak menyimpan, tak perlu tunggu gaji korang naik. Sebab kalau korang tunggu gaji naik, memang lambat lagi le nak mulakan.
Simpan je sikit – sikit dulu. Lama – lama nanti, pasti simpanan korang bertambah.
Ayuh kita mula menyimpan daripada sekarang!