4 tips macam mana nak track belanja bulanan. No #4 paling power

Salah satu perkara penting dalam merancang kewangan adalah mengawal perbelanjaan bulanan.

Berapa yang kita habiskan untuk sebulan?

Makanan, pengangkutan, sewa bilik, self reward, dan macam macam lagilah.

Bila kita tahu berapa kita belanjakan untuk sebulan, kita boleh track perbelanjaan mana yang tidak perlu dan perbelanjaan tersebut boleh ditolak dari perbelanjaan bulan depan.

Tapi macam mana nak track belanja bulanan secara konsisten?

Sehari punya mungkin rajin lagi. Masuk hari ke 29, track entah ke mana. Kan?

Untuk memudahkan track belanja bulanan, ada beberapa cara iaitu

#1 Gunakan applikasi Money Manager 

Jika korang pengguna Android, korang boleh search di Play Store ‘money manager’.

Ada banyak pilihan yang boleh dicuba dan apps ini adalah PERCUMA. Korang boleh download dan cuba track perbelanjaan menggunakan apps itu.

Ada sesetengah orang suka menggunakan apps A. Ada orang suka guna apps B. Pilihan masing-masing untuk guna yang mana. Dengan install apps money manager ni, korang boleh catat berapa yang korang spend.

#2 Buat group whatsapp khas untuk perbelanjaan sahaja 

Selain gunakan apps money manager, korang juga boleh catat menggunakan whatsapp. Caranya sangat senang. Gunakan group whatsapp untuk catat setiap perbelanjaan yang dibuat. Boleh lihat contoh gambar yang dibawah.

Setiap kali buat perbelanjaan, masukkan dalam group whatsapp. Hujung bulan, kira berapa total keseluruhan.

Menggunakan whatsapp ni kita boleh tengok

  • Apa yang kita belanja dalam sebulan
  • Perkara yang kita belanja tu ada dalam bajet ke tak (terlebih bajet atau tak)
  • Berapa yang kita dah belanja

Jika dah terlebih bajet, kita akan tahu kat mana yang terlebih. Jadi bulan depan kita akan lebih beringat dan improve tabiat kewangan kita.

#3 Gunakan buku nota kecil untuk catit belanja

Ada orang selesa guna apps dan whatsapp. Namun ada orang yang lebih selesa manual dengan catit menggunakan buku nota kecil. Caranya sama saja macam point #1 dan point #2. Catat setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

#4 Teknik sampul

Namun bagaimana jika dah guna apps money manager / buat group whatsapp / catit guna buku nota masih tak dapat nak track perbelanjaan secara konsisten, ada satu teknik yang boleh dibuat.

Teknik tersebut adalah ‘Teknik Sampul’.

Teknik sampul ni secara ringkasnya setiap bajet yang kita buat tu ada sampulnya.

Contohnya bajet kita:

  • Makan : RM 600 (RM20 x 30 hari)
  • Transport : RM200
  • Bil yang berkaitan (air, elektrik, telco) : RM60

Setiap bajet ini ada ‘sampul’nya. Kita ambil contoh bajet makan. Sebulan bajet kita RM600 kan? Pecahkan kepada mingguan.

Jadi setiap minggu bajet kita RM140. Keluarkan RM140 siap-siap dan guna duit tersebut khas untuk makan sahaja. Disini sangat penting untuk disiplin kawal bajet makan RM20.

Korang boleh pilih untuk tak catat setiap sen yang dibelanjakan menggunakan RM20 tu. Cukup jangan terlebih RM20 untuk makan saja.

Jika makan dalam sehari korang lebih dari RM20, maka korang kena take note part mana yang terlebih dan hari seterusnya improve supaya stick pada bajet makan RM20 saja.

Mulakan track belanja bulanan kita bermula dari sekarang, insyaAllah kewangan kita akan makin baik. 

Nak betulkan kewangan, perlukan usaha dan tekad. Kenalpasti apa yang membuatkan kewangan kita bocor tiap bulan. Kemudian, fokus untuk selesaikan masalah bocor ini.

Awal- awal mungkin terasa susah untuk track perbelanjaan. Namun tanya diri sendiri

“Sampai bila aku nak biarkan perkara ni terjadi? Takkan nak bocor tiap bulan je? Duit pergi mana?”

Kak Min yakin korang mesti dah bersusah payah cari duit. Jadi mulakan kawal perbelanjaan bermula dari hari ni. Rasa susah pada awalnya tu normal.

Bila dah terbiasa nanti, korang akan rasa senang je.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *