5 cara power nak capai matlamat simpanan dengan mudah
Min tak nafikan untuk ada simpanan yang diingini, makan masa. Namun Min pasti korang pasti boleh.
Jadi macam mana nak capai matlamat simpanan tanpa perlu risau duit lesap?
Cara #1 : Apa Tujuan Utama Kita Nak Simpan Duit Ni?
Sebelum kita bergerak ke langkah yang lebih advance, tanya diri kita betul-betul.
“Aku nak simpan duit ni untuk apa?”
Adakah duit ni untuk :
i) bayar duit downpayment rumah idaman?
ii) tanggung percutian impian ke negara orang?
iii) kumpul duit pendahuluan sebab nak beli kereta?
iv) sediakan duit persaraan yang cukup untuk hari tua nanti?
v) atau, kita nak simpan duit sebagai persediaan menghadapi sebarang malapetaka (emergency fund)?
Bila kita dah ada jawapan yang jelas untuk soalan di atas, tetapkan berapa banyak yang kita perlukan untuk capai tujuan kita tadi.
Min bagi contoh:
- Matlamat: Nak simpan duit deposit rumah.
- Matlamat simpanan: RM30,000.
- Tempoh menyimpan : 3 tahun
Dah jelas berapa jumlah simpanan yang nak? Jom teruskan baca cara seterusnya.
Cara #2 : Rangka Garis Masa (Timeline) Untuk Capai Matlamat Kewangan
Ada sesetengah matlamat hanya makan jangka masa yang pendek. Contohnya korang rancang nak pergi bercuti ke Indonesia pada tahun depan.
Korang dah boleh agak untuk matlamat ni, simpanan kena buat dalam masa setahun. Selama setahun ni, pulun menyimpan. Korang juga yang nak pergi bercuti nanti kan.
Kalau korang tak mula menyimpan, memang wassalam je lah plan holiday korang tu.
Sama juga kalau matlamat korang nak ada downpayment bayaran rumah. Katakan timeline korang dalam masa 3 tahun. Jadi korang kena disiplin kumpul duit yang diperlukan dalam timeline tersebut.
Ada juga matlamat kewangan yang guna timeline yang panjang. Contohnya korang nak ada RM1,000,000 untuk duit persaraan.
Bila ada matlamat kewangan dan timeline yang jelas, kita akan lagi senang push diri sendiri untuk dapatkan apa yang kita nak.
Ingat, hanya diri kita yang bertanggungjawab untuk dapatkan apa yang kita nak.
Cara #3 : Berapa Banyak Kena Simpan Setiap Bulan?
Dah ada matlamat kewangan dan timeline yang jelas, berapa pula kita nak simpan setiap bulan?
Kita boleh tentukan berapa banyak kita kena simpan dengan ambil matlamat kewangan bahagi dengan timeline yang kita nak capai.
Min sediakan contoh bagi korang lagi senang faham.
- Matlamat: Nak pergi bercuti ke Indonesia selama 2 minggu pada bulan Februari tahun depan.
- Matlamat simpanan: RM 5,000.
- Cara kira: RM5,000 / 12 bulan = RM416.67 sebulan.
Bermakna, kita kena simpan RM416.67 sebulan selama 12 bulan. Latih diri kita untuk disiplin simpan RM416.67 ni setiap bulan.
Cara #4 : Periksa Bajet Korang
Sebelum nak teruskan langkah, check dulu kita ada bajet yang cukup ataupun tidak untuk teruskan menyimpan.
Andai kata bajet bulanan kita agak ketat, kita boleh panjangkan sedikit timeline kita bersesuaian dengan tahap kewangan kita sekarang.
Yang penting, timeline kita mestilah realistik dan ikut kemampuan kita. Janganlah pula sampai menyeksa diri sendiri.
Cara lain untuk tambah simpanan adalah dengan tambah pendapatan sampingan. Lagi banyak dan cepat kita menyimpan, lagi cepat kita boleh dapatkan matlamat kewangan kita.
Selain itu, kita juga boleh buat simpanan secara automatik. Dapat saja gaji, portion simpanan akan terus di transfer kepada akaun yang kita kehendaki.
Cara ni lebih efisyen daripada transfer duit simpanan secara manual kerana ada kemungkinan kita terlupa untuk asingkan simpanan.
Cara #5 : Buat Akaun Simpanan Khas Untuk Matlamat Kewangan Kita
Untuk matlamat kewangan yang kita dah jelas, tetapkan satu akaun khas untuk menyimpan. Setiap bulan lepas dapat gaji, kita simpan dalam akaun ni.
Jumlah simpanan setiap bulan tadi kita dah kira di Cara #3.
Ingat ya, hanya kita yang mampu paksa diri kita untuk capai matlamat kewangan kita. Kalau kita tak disiplin menyimpan, matlamat kita hanyalah sekadar angan-angan Mat Jenin.
Kalau terlepas menyimpan sebulan, cari jalan untuk ganti di bulan depan.
–
Dengan adanya simpanan, kita boleh kembangkan duit kita. Malah kita juga boleh mula melabur. Ada macam-macam pelaburan yang kita boleh cuba bersesuaian dengan risk profile kita.
Pilih platform pelaburan yang kita faham bukan sekadar ikut orang. Takut takut melebur nanti duit tu.
Selamat menyimpan duit. Min yakin korang boleh menyimpan dengan konsisten 2020 ni.