|

5 jenis pengeluaran KWSP yang korang patut ambil tahu

“Duit dalam KWSP tu boleh bawa keluar ke walau belum bersara lagi?”

“Boleh. Kena tengok kau nak keluar untuk apa”

Bagi korang yang ada KWSP, boleh tengok 5 jenis pengeluaran yang dibenarkan dan dokumen apa nak kena sediakan. KWSP ni bukan masa bersara je boleh bawa keluar. Sekarang pun boleh kalau ikut syarat yang ditetapkan.

Saya nak kongsikan 5 jenis pengeluaran yang saya baca kat KWSP ni. Semoga bermanfaat.

#1 Pengeluaran Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

Apa Yang Dibiayai

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian ATAU Jumlah baki pinjaman
  • Yuran hostel dan penginapan
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setaraf (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
  • Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi luar negara (program sepenuh masa)
  • Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan *Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)

Bila Anda Boleh Keluarkan

  • Setiap semester atau tahun pengajian
  • Dalam masa 3 tahun dari tarikh tamat pengajian/berhenti/gagal bagi bayaran yang tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Dokumen yang diperlukan

#2 Pengeluaran Beli Rumah

Kebanyakan kita, harga hartanah yang melonjak tinggi memusnahkan impian untuk memiliki rumah. Sebab itu, keputusan untuk membeli hartanah merupakan keputusan yang besar bagi ahli dan untuk merealisasikan persaraan yang selesa, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Membeli rumah kediaman( Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia. )
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ( Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP) ATAU skim sewa-beli yang dibenarkan ( Pembelian sewa-beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP sahaja) ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan

Dokumen yang diperlukan

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen 
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  • Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)

#3 Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Telah membeli/membina rumah kediaman ( Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia)
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut (Pengeluaran Individu sahaja)
  • Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan
  • Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya
  • Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan ( Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP)

Dokumen yang diperlukan

  • MyKad
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan – mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Maklumat pembiayaan semula (refinance)*
  • Surat Perjanjian Jual Beli ATAU Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
  • Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran – untuk pengeluaran membantu pasangan
  • Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama (jika ada) Lihat butiran
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

#4 Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Membayar ansuran bulanan bukanlah satu perkara mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah.

Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Supaya jika anda terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  • Umur bawah 55 tahun
  • Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  • Membeli/membina sebuah rumah kediaman ( Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia)
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP ( Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP)
  • Ansuran bulanan telah bermula

Dokumen yang diperlukan

  • Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima) ( Tertakluk kepada pengeluaran pertama dan seterusnya, dengan atau tanpa pembiayaan semula. Jika terdapat lebih dari satu pembiayaan semula, anda dikehendaki menunjukkan surat Pengesahan Pinjaman dan Penyelesaian Hutang dari pemberi pinjaman sebelumnya)
  • Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  • Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

#5 Pengeluaran Kesihatan

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan.

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2

Siapa Yang Layak Dibiayai

  • Diri sendiri
  • Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  • Pasangan anda
  • Adik-beradik anda (kandung)
  • Anak-anak anda (kandung, angkat, tiri)

Dokumen yang diperlukan

  • Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Laporan Perubatan

Amacam? Dah faham dah jenis-jenis pengeluaran KWSP korang? Simpan nota ni elok-elok. Nanti time korang nak apply, boleh buat sebagai rujukan.

Oh ya, bawa keluar time perlu je tau.

Kalau korang rasa artikel ni menarik, silakan SHARE.



Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *