5 tips rancang kewangan peribadi

Mungkin ada di antara korang yang pernah terfikir ada tak formula atau trick yang buatkan korang langsung tak payah fikir pasal masalah duit. 

Kalau korang ada masalah untuk urus duit sekarang, saya nak kongsikan 5 perkara yang korang terus boleh buat untuk baiki keadaan korang. Boleh cuba 5 langkah ni untuk uruskan duit dengan lebih teratur. 

Bila kita dah mula serius urus duit kita, kita akan dapat lihat kewangan kita makin baik, hutang makin berkurang dan credit score kita bertambah baik. 

#1 Jelas Dengan Matlamat Kewangan 

Cuba duduk sebentar dan tulis apa sebenarnya matlamat kewangan kita. Setiap orang berbeza matlamat kewangan. Ada yang nak pergi travel, beli rumah untuk investment, atau bersara awal. Tidak ada betul atau salah dalam buat matlamat kewangan. 

Matlamat kewangan akan mempengaruhi macam mana kita rancang duit. Contohnya, goal kita nak bersara awal. Apa yang kita buat sekarang untuk capai matlamat kita ni? 

Contoh yang lain, nak beli rumah untuk pelaburan. Apa yang kita sedang dan bakal lakukan supaya kita capai apa yang kita nak ni? Adakah kita dah mula menyimpan duit untuk membeli rumah? 

Bila kita dah tulis dan jelas dengan apa yang kita nak, priority. Tumpukan perhatian kepada top financial priority kita. Kita boleh juga senaraikan mengikut turutan. 

Ini apa yang kita boleh buat untuk lebih jelas dengan financial goals: 

  1. Tetapkan matlamat jangka masa panjang contohnya nak keluar daripada hutang, beli rumah atau bersara awal. Matlamat  ni berbeza dengan matlamat jangka masa pendek. 
  2. Tetapkan matlamat jangka masa pendek contohnya ikut bajet yang dah buat, kurangkan perbelanjaan bulanan, kurangkan berhutang dan kawal perbelanjaan kad kredit. 

#2 Rancang Duit 

Financial plan sangat penting untuk bantu kita capai matlamat kewangan yang kita nak. Plan ni boleh jadi kita pecahkan kepada beberapa milestones. 

Contohnya buat bajet bulanan untuk keluar daripada hutang. Kita kena tahu apa yang kita nak kurangkan supaya kita boleh kurangkan hutang. Awalnya mungkin nampak susah namun bila dah terbiasa, kita akan rasa senang. 

Bila kita dah berjaya kurangkan hutang, kita boleh tambahkan simpanan dan juga boleh capai financial goal yang seterusnya. 

Sangat penting untuk kita tetapkan apa yang penting bagi kita. Teruskan berusaha untuk dapatkan matlamat jangka panjang contohnya bersara awal. Dalam masa yang sama fokus juga pada matlamat jangka pendek. 

Nak lebih banyak masa untuk bercuti? Mula melabur? Beli rumah untuk pelaburan? Semua ni bakal tentukan apa langkah seterusnya. 

Matlamat kita akan bantu kita daripada tersilap buat keputusan berdasarkan ketakutan. Dalam masa yang sama ia bantu kita untuk kawal keadaan kita sekarang. 

Bila buat financial plan, ingat 3 perkara penting ni : 

  1. Bajet adalah salah satu alat yang boleh kawal kewangan kita. 
  2. Kita patut ada matlamat jangka masa panjang. Contohnya menyimpan untuk bersara. Tak kisahlah sekarang keadaan kewangan kita macam mana sekalipun. 
  3. Bina tabung dana kecemasan bila dah mula bekerja. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. 

#3 Buat Bajet Dan Ikut Bajet Yang Dibuat 

Bajet adalah salah satu alat untuk kawal duit keluar masuk. Ia bantu kita untuk rancang perbelanjaan kita dan juga kita boleh allocate duit untuk capai matlamat kewangan kita. 

Kita boleh buat bajet sedetails mungkin asalkan ia boleh bantu kita kawal duit, bayar hutang, tambah dana kecemasan dan juga menyimpan. 

Kenapa Pentingnya Bajet Ni? 

Dengan bajet, ia boleh bantu kita tentukan macam mana kita akan spend duit. Tanpa bajet, kita mungkin akan belanja pada perkara yang tak perlu pun sebenarnya. Kesannya? Dapat gaji, tengah bulan dah sengkek kena catu makan sampai ke hujung bulan. 

Bila buat bajet ni boleh je nak self-reward. Bergantung kepada kemampuan kewangan juga. Janganlah sampai menyiksa diri sendiri. 

Kalau kita dah kahwin, kita boleh buat bajet bersama-sama pasangan kita. 

Tips nak buat bajet bersama pasangan adalah : 

  1. Buat group bersama pasangan kita untuk track keluar masuk duit. 
  2. Rancang ke depan untuk elakkan terlebih belanja. 

#4 Jangan Culas Bayar Hutang

Kita memang tak boleh lari daripada hutang. Dari masa belajar (contohnya hutang PTPTN) sampailah masa kita dah kerja (contohnya hutang kereta, hutang pinjaman rumah, hutang kad kredit). 

Bila kita dah ada hutang,pastikan kita bayar tepat pada waktu yang ditentukan. Kesan jika kita culas bayar hutang ni adalah rekod CCRIS kita akan buruk. 

Tips yang kita boleh buat untuk bayar hutang: 

  1. Jual barang-barang yang kita tak perlukan untuk dapatkan extra cash. 
  2. Cari pendapatan sampingan (contohnya jadi dropshipper, bisnes servis, buat grab)
  3. Potong perbelanjaan yang tak penting. 

#5 Minta Pendapat Orang Yang Lebih Arif 

Bagus dah usaha kita untuk kawal duit keluar masuk. Langkah seterusnya yang kita mungkin terfikir adalah macam mana nak mula labur duit supaya duit kita makin berkembang. Kan? 

Apa yang kita boleh buat adalah minta pandangan orang yang lebih arif contohnya financial planner. 

Financial planner yang bagus akan bagus fahamkan kita risiko pelaburan dan bantu kita untuk melabur di tempat yang betul bersesuaian dengan profil risiko kita.

Kita kena tahu yang melabur ni memang ada risiko. Tak semestinya confirm untung. Kalau ada orang kata melabur kat platform A ni confirm untung, sila lari jauh-jauh. Mungkin kita tengah nak kena scam. 

– 

Jadikan tahun 2020 sebagai tahun untuk kita serius uruskan kewangan. Melabur kat diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita mula melabur kat platform yang ada di Malaysia ni. 

Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak memberi idea macam mana nak jadikan tahun 2020 sebagai tahun terbaik kita. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *