7 Panduan Menuju Kejayaan Pengurusan Kewangan : Amalkan Formula S.E.B.E.L.A.S.

Sekarang ni, serba serbi pakai duit. Nak masuk tandas pun kena bayar dulu sebelum boleh masuk.

Belum lagi perbelanjaan peribadi. Memang sah-sah guna duit.

Kalau tak mula uruskan kewangan, alamatnya ada harapan kewangan korang boleh bocor.

Jadi diri sendiri kena usaha untuk bijak kewangan.

Cari cara supaya kita dapat uruskan kewangan dengan baik. Tambah-tambah lagi bab menyimpan. Tak pandai menyimpan bukan alasan tak menyimpan ye.

Jom baca 7 panduan menuju kejayaan pengurusan kewangan oleh Amir Syahir ni.

Kejayaan dalam pengurusan kewangan bergantung kepada usaha kau sendiri. Jika kau rajin ambil tahu tentang ke mana wang kau pergi, berjayalah pengurusan kewangan kau.

Kalau kau tidak peduli tentang pengurusan kewangan kau, menangis di bucu meja lah jawabnya.

Kau yang aturkan perjalanan kewangan kau. Jangan biarkan wang yang aturkan perjalanan kau. Ingat tu.

Jika kau perlukan sedikit inspirasi, bacalah 7 panduan menuju kejayaan pengurusan kewangan ini;

S – Simpan Simpan Simpan

Belajar menyimpan secara konsisten. Cuba simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Lebih banyak lebih bagus. Kemudian, tambahkan jumlah simpanan kau pada tahun-tahun berikutnya.

E – Elak Pembaziran

Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Yang selalu beli benda mahal, makan tempat mewah, selalu travel tapi gaji ciput je semata-mata nak menunjuk kat kawan tapi hutang pun berlambak, bawa-bawa la berubah. Kau la sapa lagi. Tapayana menuding jari kat orang lain.

B – Bajet

Buat bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Bila ada bajet, kau akan tahu ke mana aliran wang kau pergi.

E – Elak Emosi Semasa Membuat Keputusan

Biasanya kalau kau tengok perkataan SALE dah menggelupur. Lepastu terus ke mesin ATM. Keluarkan sampai habis duit simpanan untuk beli benda yang kau impikan. Sedangkan barang tu kau dah ada. Tu salah satu beremosi dalam membuat keputusan.

L – Laburkan Wang

Jangan takut melabur jika ia dijamin selamat. Masa muda duk kata tak halal la, rugi la. Dah masuk umur 35,40 tahun mula la nak menyesal. Rugi kalau masa muda tak ambil peluang. Bila dah berumur baru nak mula.

A – Awasi Skim Pelaburan Tidak Sah

Biasanya skim pelaburan tidak sah menawarkan untung berlipat kali ganda dan mendakwa tiada risiko yang terlibat jika kau melabur dengan mereka. Kaji dahulu sebelum melabur.

S – Sediakan Dana Kecemasan

Dana kecemasan ialah sejumlah wang yang kau peruntukkan untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalangan yang tidak diingini. Sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan gaji. Dana kecemasan yang mencukupi buat kau tidak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan. Perlindungan takaful pun jangan abaikan.

Ramai anak muda bila masa muda ni nak enjoy je. Tak salah nak enjoy tapi peruntukkan sikit duit gaji sebagai simpanan untuk masa depan.

Ini tidak. Bila dapat gaji belanja tak ingat dunia. Dalam dua minggu dah habis duit gaji. Lepastu mula cari kawan sana sini nak berhutang.

Apalah guna kau pergi kerja pagi lepastu balik tak nampak mentari? Apalah gunanya kau hari-hari redah jem, sambil maki kerajaan? Apa gunanya semua itu jika kau tak reti nak uruskan kewangan sendiri?

Jadi, uruskan wang kau sebaik-baiknya. Tapi kalau kau nak enjoy, enjoy lah. Takde orang larang pun. Bila dah rasa nak menyimpan, nak beli rumah, kau baca lah dekat post FB gua ni. Kah!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *