8 langkah jaga kewangan jadi power. Langkah 3 paling penting.
Ramai yang sangka nak susun atur kewangan dengan baik ni susah. Tambah lagi bagi mereka yang baru bertatih nak mula. Macam impossible je nak buat. Kan?
Sebenarnya, ia boleh jadi jadi senang bila kita betul-betul nak.
Macam mana nak susun kewangan jadi lebih power? Jom baca perkongsian Min ni.
Langkah #1 : Tulis Aset Dan Liabiliti Yang Korang Ada Kat Atas Kertas
Rekodkan maklumat aset dan liabiliti kat atas kertas supaya kita boleh nampak apa yang kita ada.
Apa Itu Aset Dan Liabiliti?
Aset : Simpanan dalam bank, simpanan persaraan, ekuiti hartanah, kenderaan, saham, bon dan sebagainya (yang berkaitan)
Liabiliti : Setiap hutang yang kita masih tanggung termasuk gadai janji, pinjaman pelajaran (PTPTN atau lain-lain), pinjaman kenderaan dan kad kredit.
Tulis setiap perkara dan nilai untuk aset dan liabiliti yang kita ada.
Langkah #2: Kira Nilai Bersih (Net Worth) Korang
Dah buat langkah pertama tadi, buat langkah kedua pula.
Formula nak kira nilai bersih (net worth):
- Nilai aset – nilai hutang = Nilai bersih kita.
Jumlah setiap aset yang kita ada sekarang, tolak dengan jumlah liabiliti yang kita ada.
Mudah kan cara nak kira net worth?
Langkah #3 : Rekod Segala Pendapatan Dan Perbelanjaan
Dah buat langkah 1 dan langkah 2 tadi, kita akan teruskan ke langkah ke 3 pula. Sangat penting untuk buat langkah 1 dan langkah 2 untuk pastikan kat mana tahap kesihatan kewangan kita sekarang.
Kali ni kita nak rekodkan pula pendapatan dan perbelanjaan.
Apa Itu Pendapatan Dan Perbelanjaan?
Pendapatan (income) : Tuliskan segala pendapatan yang kita dapat, contohnya gaji dan pendapatan tambahan (saham atau bon, pendapatan daripada pekerjaan sampingan dan sebagainya.
Perbelanjaan (expenses) : Tuliskan jumlah perbelanjaan bulanan kita untuk 3 bulan lepas. Kaji balik perbelanjaan kita dan tengok ke mana duit kita banyak pergi.
Bila kita track ke mana duit kita banyak kita,secara tak langsung kita boleh sedar sama ada kewangan kita sihat ke sakit sebenarnya.
Langkah #4 : Kira Aliran Tunai
Cara nak kira aliran tunai bulanan adalah dengan menolak jumlah perbelanjaan dengan jumlah pendapatan sebulan.
Formula nak kira aliran tunai adalah :
Jumlah pendapatan sebulan – jumlah perbelanjaan sebulan = Aliran tunai bulanan
Aliran tunai adalah sebagai wang masuk dan wang keluar kita.
Jadi mulakan untuk rekod perbelanjaan kita ye.
Langkah #5 : Dapatkan Laporan Skor Kredit
Kita dah tahu nilai bersih (hasil daripada kiraan aset dan liabiliti) dan aliran tunai bulanan (hasil daripada kiraan pendapatan dan perbelanjaan).
Langkah seterusnya adalah untuk dapatkan maklumat skor kredit kita.
Kita boleh dapatkan laporan skor kredit melalui CCRIS.
Boleh dapatkan laporan CCRIS secara percuma mahupun berbayar. Terpulang pada kita nak pilih yang mana.
Langkah #6 : Nilai Balik Semua Maklumat Kewangan
Dah buat semua langkah di atas? Tahniah!
Tu tandanya korang betul-betul serius nak betulkan kewangan. Tiba masa untuk kita buat penilaian berdasarkan maklumat yang kita ada.
Apa yang kita kena tengok?
- Nilai bersih
Kalau kita ada lebih banyak aset berbanding liabiliti, bermakna nilai bersih kita positif.
Kalau nilai bersih kita rendah, kita perlu rangka strategi dan ubah perkara ini supaya kita dapat capai matlamat kewangan yang kita nak.
Langkah pertama yang kita kena buat adalah mengira nilai bersih sebelum merangka tindakan untuk ubah nilai bersih kita menjadi positif.
- Aliran tunai
Aliran tunai kita sepatutnya positif.
Idea utama adalah untuk kenal pasti sama ada kita terlebih berbelanja, kurang berbelanja, atau berbelanja secara berpada-pada.
Bila dah dapat tahu perkara ini, baru kita boleh merangka strategi tindakan untuk mencapai impian kewangan kita.
- Simpanan dana kecemasan
Simpanan dana kecemasan adalah salah satu aspek penting yang kita perlu ada. Paling kurang, jumlah simpanan adalah bersamaan 3 bulan gaji.
Kenapa kita kena ada simpanan ni?
Ada perkara yang tak terjangka dek akal kita boleh terjadi. Jadi lebih baik kita bersedia dari sudut kewangan untuk hadapi segala kemungkinan yang boleh terjadi. Contohnya jatuh sakit hingga hilang upaya bekerja, meninggal, dan sebagainya.
Cash reserve sangat penting.
- Laporan kredit
Dah dapat laporan CCRIS?
Baca dengan teliti dan tengok jika ada kesilapan dalam laporan CCRIS tu. Jika ada, pastikan clarify dengan pihak yang berkenaan.
Ada 3 kategori maklumat yang ada dalam laporan CCRIS:
- Pinjaman terkumpul: contohnya pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf dan lain-lain. Ia juga termasuk jumlah baki, had, kelakuan pembayaran, dan status undang-undang (jika ada)
- Akaun perhatian khas: biasanya akaun yang dianggap Pinjaman Tak Berbayar (NPL), atau kat bawah jadual pengurusan hutang khas (seperti yang dirundingkan oleh AKPK),
- Permohonan pinjaman atau kemudahan kredit yang dibuat dalam tempoh setahun yang lalu: kita akan tahu permohonan pinjaman mana yang lulus dan yang tak lulus.
CCRIS akan tunjukkan rekod pembayaran balik 12 bulan yang lterkini saja. Data sebelum ini tidak akan muncul dalam laporan CCRIS.
Langkah #7: Mula Buat Bajet Bulanan
Lepas dah nilai keadaan kewangan kita, bolehlah kita teruskan kepada merangka strategi untuk capai matlamat kewangan dengan buat bajet kewangan yang sesuai.
Bajet adalah rangka kerja bagi duit kita mengikut kapasiti kewangan yang kita ada sekarang.
Berikan komitmen kepada bajet yang dah kita buat. Ia akan dapat tingkatkan nilai bersih (net worth) kita.
Langkah #8: Sentiasa Semak Tahap Kewangan, Dan Ulang Semula Langkah Kat Atas Bila Perlu
Sentiasa semak tahap kewangan kita. Ia mungkin berubah dari masa ke semasa.
Kita boleh buat ini setiap bulan atau setiap tahun, bergantung kat kapasiti masa kita.
Kalau tak ada masa dan terlalu sibuk dengan kerja, boleh saja buat untuk tempoh 1 tahun. Kalau ada banyak masa terluang, buat perkara ini setiap bulan.
—
Tak susah untuk kita uruskan kewangan bila kita dah tahu apa langkah yang perlu di ambil. Mula-mula mungkin rasa agak susah sebab kita tak biasa. Lama-lama, kita dah terbiasa dan tak ada masalah pun.
Mari menjadi bijak kewangan tahun 2020 ni.