Affin Bank tawar moratorium enam bulan bagi mangsa yang terkesan dengan banjir
Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd menawarkan moratorium enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir menerusi Program Bantuan Kewangan dan Bantuan Ansuran (FAIR).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata menerusi program bantuan kewangan FAIR itu, para pelanggan boleh menangguhkan pembayaran pinjaman mereka selama enam bulan sekiranya mereka terjejas akibat banjir.
“Kami juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan angkatan tentera untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kumpulan itu juga akan menyumbang sejumlah RM500,000 untuk pelbagai inisiatif berkaitan kemanusiaan dan perubatan kerajaan bagi membantu mangsa banjir.
Untuk memohon program bantuan kewangan tersebut, para pelanggan diminta menghubungi bank di talian 03-8230 2222, atau kunjungi cawangan Affin Bank atau Affin Islamic Bank terdekat, atau e-mel kepada yourvoice@affinbank.com.my.
Maklumat lanjut mengenai Program FAIR boleh didapati di laman sesawang www.affinbank.com.my, www.affinislamic.com.my, atau www.affinonline.com.
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]