Apa itu Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK?
Min ada baca tentang Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Bagi Min program ni sangat membantu bagi anda yang menghadapi masalah kewangan dan perlukan khidmat nasihat.
Dah lah tiada bayaran dikenakan. Bagus sangat inisiatif ni.
Min dapat maklumat ni daripada website AKPK. Jemput baca artikel ini sampai habis kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang Program Pengurusan Kredit (PPK). Semoga bermanfaat.
–
Tentang PPK
Apakah itu Program Pengurusan Kredit (PPK)?
Program Pengurusan Kredit (PPK) adalah program khusus, di mana penasihat kewangan kami akan bekerjasama dengan anda untuk merangka pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Program pengurusan kredit disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus hutang peribadi mereka dengan institusi kewangan.
Adakah AKPK melantik agen atau pihak ketiga bagi menguruskan PPK?
Tidak. AKPK tidak pernah melantik mana-mana agen atau pihak ketiga bagi menguruskan PPK. Pelanggan dikehendaki berunding dengan penasihat kewangan secara bersemuka untuk pelan penstrukturan semula hutang mereka.
Apakah kos yang terlibat untuk menyertai PPK?
Tidak ada bayaran yang terlibat untuk pelanggan semasa sesi Khidmat Nasihat Kewangan dan / atau jika pelanggan ingin mengikuti PPK.
Adakah AKPK menyediakan pinjaman baru?
AKPK tidak menyediakan dan membantu pelanggan untuk mendapatkan pinjaman baru. Pelanggan diminta berhubung terus dengan institusi kewangan sekiranya ingin membuat pinjaman baharu,semua keputusan tertakluk kepada terma dan syarat Bank.
Kelebihan menyertai PPK
![](https://bijakkewangan.com/wp-content/uploads/2021/07/Kelebihan-PPK-1024x1024.jpg)
Kriteria kelayakan PPK
Apakah syarat kelayakan untuk menyertai program PPK?
Syarat kelayakkan untuk menyertai program PPK adalah seperti berikut:
- Anda bukan seorang yang muflis
- Anda tidak berkemampuan untuk menguruskan hutang anda
- Anda mesti mempunyai pendapatan bersih yang positif
- Anda tidak berada dibawah tindakan undang-undang
- Hanya pinjaman dari penyedia perkhidmatan kewangan yang mengambil bahagian di dalam PPK sahaja
- Jumlah pinjaman anda tidaklah melebihi RM5 juta
Jenis-jenis pinjaman
Bolehkah pinjaman peribadi melalui potongan gaji dijadualkan semula di bawah program PPK?
Pengstrukturan semula pinjaman peribadi melalui potongan gaji hanya dibenarkan untuk pinjaman daripada institusi kewangan berikut :
- Bank Kerjasama Rakyat (BKRM),
- MBSB Bank
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional (BSN).
Adakah individu yang telah diisytiharkan muflis layak untuk mengikuti program PPK?
Tidak boleh. Walaubagaimanapun, individu tersebut boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk bantuan selanjutnya.
Adakah pinjaman kenderaan boleh dijadualkan semula bawah PPK?
Boleh, hanya pinjaman kenderaan dengan institusi kewangan berikut sahaja :
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Ambank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad
- Pinjaman sewa beli daripada penyedia pinjaman lain boleh dipertimbangkan mengikut kes.
Adakah pinjaman perumahan boleh dijadualkan semula bawah PPK?
Boleh, hanya pinjaman perumahan dengan bank berikut sahaja:
- Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad
- Alliance Bank Malaysia Berhad, Alliance Islamic Bank Berhad
- AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad
- Hong Leong Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad
- Maybank, Maybank Islamic Berhad
- Public Bank Berhad, Public Islamic Bank Berhad
- RHB Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad
- Pinjaman perumahan daripada penyedia pinjaman lain boleh dipertimbangkan mengikut kes.
Adakah pinjaman PTPTN boleh dijadualkan semula bawah PPK?
Boleh, dengan syarat individu tersebut mempunyai pinjaman lain yang diambil dengan penyedia pinjaman kewangan untuk dijadualkan semula dalam PPK. Sekiranya pelanggan hanya mempunyai pinjaman PTPTN, pelanggan perlu berunding terus dengan pihak PTPTN.
Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula hutang syarikat / pinjaman wang berlesen?
Tidak. AKPK hanya boleh membuat penjadualan semula pinjaman daripada institusi kewangan yang terlibat sahaja.
Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula untuk pinjaman pelajaran?
AKPK bolen membuat penjadualan semula pinjaman pelajaran untuk PTPTN sahaja.
Pemberi kredit yang terlibat
Institusi kewangan manakah yang terlibat di dalam program PPK?
Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh penyedia kredit berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:
- Bank Perdagangan
- Perbankan Islam
- Penyedia Insuran Hayat
- Penyedia Takaful
- Institusi Bank Pembangunan
- Penyedia Kad kredit/kad caj
- Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
- Koperasi Bank Persatuan
- PTPTN (Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
- Pinjaman kenderaan (seperti di atas)
- Pinjaman perumahan (seperti di atas)
- Pinjaman bayaran melalui potongan gaji (Bank Rakyat, MBSB, Agro, BSN)
Kesan mengikuti PPK
Apakah kesan apabila pelanggan menyertai program PPK?
Kemudahan kredit pelanggan seperti kad kredit dan kemudahan overdraf akan ditarik balik dan pelanggan mungkin tidak boleh memperoleh kredit baru sementara berada dalam DMP dan tertakluk kepada budi bicara penyedia perkhidmatan kewangan
Bolehkah pelanggan membuat pinjaman lain setelah mengikuti program DMP?
AKPK tidak mempunyai bantahan jika pelanggan ingin memohon kemudahan kredit baru. Kelulusan / penolakan adalah atas budi bicara penyedia kredit setelah melakukan penilaian dan penilaian kredit yang menyeluruh.
Semakan laporan kredit CCRIS
Di mana boleh saya dapatkan laporan CCRIS saya?
- Pilihan 1: Untuk pengguna eCCRIS yang berdaftar, anda boleh terus menyemak laporan CCRIS anda melalui https://eccris.bnm.gov.my
- Pilihan 2: Jika anda bukan pengguna eCCRIS yang berdaftar, anda boleh mendaftar dengan tiga (3) langkah mudah:
- Langkah 1: Muat turun borang pendaftaran melalui https://www.bnm.gov.my/eccrisregister
- Langkah 2: Lengkapkan borang dan sediakan dokumen berikut:
- satu (1) salinan MyKad (depan dan belakang) atau satu (1) salinan passport (jika bukan warganegara)
- bil telefon terkini yang mengandungi nama, nombor telefon mudah alih anda dan pembekal talian.
- dua (2) dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
- Langkah 3: Hantar borang yang telah lengkap berserta semua dokumen melalui borang web: http:/bnm.my/LINK
- Pilihan 3: Jika anda mahu terus mendapatkan laporan CCRIS anda tanpa mendaftar untuk eCCRIS, muat turun borang permohonan melalui https://www.bnm.gov.my/ccrisform. Seterusnya, ikuti langkah 2 dan 3 seperti dalam pilihan 2. (Nota: bil telefon tidak diwajibkan untuk permohonan ini)
- Pilihan 4: Dapatkan laporan CCRIS melalui agensi pelaporan kredit berikut:
- Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd. melalui https://creditbureau.com.my
- CTOS Data Systems Sdn. Bhd. melalui https://ctoscredit.com.my
- Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. melalui https://www.mycreditinfo.com.my
Kebaikan menyertai PPK
Apakah kebaikan menyertai PPK
Di antara kebaikan menyertai PPK adalah seperti berikut:
a) Penyusunan semula aliran tunai
b) Tempoh bayaran balik yang munasabah berdasarkan aliran tunai terkini
c) Penangguhan daripada tindakan undang-undang
d) Tiada gangguan daripada pemungut hutang
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
![](https://bijakkewangan.com/wp-content/uploads/2021/09/nak-update-terkini-.png)