Apa perbezaan di antara pendapatan aktif dan pendapatan pasif?

Gagal uruskan kewangan dengan baik boleh mendatangkan masalah yang besar dalam hidup. Setuju?

Masalah ni takkan habis kalau kita sendiri tak mula ubah dari sekarang. Duit yang ada tak tahu keluar masuk, tengok tengok hujung bulan dah negatif.

Tak ada orang yang akan ubah hidup kita melainkan diri sendiri dulu.

Sebelum tu jom kenal pasti duit yang kita dapat sekarang hasil dari pendapatan aktif atau pasif. Macam mana nak bezakan? Jom baca lebih lanjut.

#1 Pendapatan aktif

Pendapatan aktif merujuk kepada apa saja yang mendatangkan pendapatan apabila kita mengeluarkan tenaga dan kepakaran kita. Jika kita tak bekerja, maka tiada pendapatan. Contoh pendapatan aktif adalah:
i) Gaji bulanan daripada kerja kita sekarang
ii) Kerja overtime
iii) Elaun yang kita biasanya dapat (perjalanan, makan minum, dan lain-lain)
iv) Komisen hasil kita jual produk

Jadi bahasa mudahnya, kita kerja baru kita dapat duit. Tengok berapa banyak yang kita dapat dari jenis pendapatan ini.

#2 Pendapatan pasif

Pendapatan pasif pula merujuk kepada pendapatan yang yang kita peroleh tanpa kita bekerja sendiri. Wang atau harta kita yang bekerja untuk kita. Antara contoh pendapatan pasif adalah:
i) Hasil sewa rumah yang kita ada (Kita ada rumah dan kita sewakan kepada orang lain)
ii) Dividen dari pelaburan amanah saham
iii) Faedah dari simpanan tetap di bank – bank Islam
iv) Dividen dari Tabung Haji
v) Royalti dari penulisan (contohnya buku)

Bila dah kenal pasti sumber pendapatan kita, dari situ lah kita boleh rancang kewangan dengan lebih baik. Antara langkah yang boleh dibuat adalah:

#1 Menyimpan

Perkara paling penting yang kita harus buat sebelum berbelanja adalah simpan terlebih dahulu. Ada tips untuk orang yang masih bujang untuk simpan 10 % – 30 % daripada pendapatan yang kita dapat. Sebagai contoh kita bergaji RM1000, simpan RM100. Nak simpan di mana? Boleh simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Sambil sambil tu, boleh juga mulakan tabung duit syiling atau tabung RM5. Hujung tahun boleh tengok berapa banyak terkumpul.

#2 Kawal nasfu berbelanja

Buat bajet bulanan. Berapa yang korang patut spend untuk bulan tersebut. Contohnya korang bajet RM200 untuk beli barang dapur. Maka cuba sedaya upaya untuk ikut bajet yang di tetapkan. Jika korang serius nak betulkan kewangan, kawal nafsu berbelanja. Jangan pula nanti kewangan dah negatif, baru nak menyesal.

#3 Sediakan back-up plan

Langit tak sentiasa cerah. Sekarang mungkin kita masih ada pendapatan. Namun, kita tak boleh jangka apa yang akan terjadi di masa depan. Jika ada ujian yang melanda diri, apa yang kita sudah sediakan untuk hadapi situasi ini?

Masa ni lah dana kecemasan memainkan peranan. Contohnya jika kita kehilangan kerja dan masih mencari kerja yang baru, dana kecemasan yang kita ada itu boleh menampung perbelanjaan kita. Penuhkan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.

Semasa bekerja juga, ambil takaful yang sesuai dengan diri kita. Dapatkan income protection sementara kita masih bekerja. Jika terjadi apa apa contohnya hilang upaya untuk bekerja, kita masih boleh survive. Bukanlah kita mendoakan yang tidak baik berlaku. Cuma kita bersedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh terjadi.

Ambil tahu tentang kewangan kita bermula dari sekarang. Berapa pendapatan aktif dan pasif yang kita ada. Dari situ, kita boleh rancang apa yang kita nak buat dengan duit tersebut. Jangan biarkan kewangan kita sakit.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *