Bank Muamalat turunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) berkuat kuasa 13 Julai

| |

Bank Muamalat Malaysia Bhd akan menurunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas, masing-masing kepada 2.56 peratus dan 5.56 peratus berkuat kuasa 13 Julai ini.

Ini akan memberi kesan kepada semua pakej pembiayaan kadar terapung yang disandarkan kepada BR dan BFR selain kadar deposit akaun-i jangka tetap berikutan semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata kumpulan perbankan Islam itu dalam kenyataan hari ini.

“Penurunan itu akan merendahkan kos pembiayaan dan menyebabkan peningkatan pendapatan boleh guna kepada pengguna. Kami berharap ini akan mendorong perbelanjaan dan merancakkan ekonomi domestik,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Kamarudin.

Beliau berkata Bank Muamalat akan terus menguruskan aset dan liabilitinya dengan penuh tanggungjawab di samping menyokong inisiatif pertumbuhan ekonomi semasa.

— BERNAMA

Previous

Standard Chartered dan Public Bank turunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR)

Leave a Comment