|

BIMB Investment Mengumumkan Hasil Pengagihan Pendapatan 7.89% untuk Dana Ekuiti Global Shariah-ESG, Dana BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 (BiGDF1)

Kuala Lumpur, 10hb May 2021 – BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment), telah mengumumkan hasil pengagihan pendapatan untuk Dana BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 (BiGDF1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 seperti berikut:

Kelas Unit Denominasi Mata Wang Hasil Pengagihan Pendapatan (%) Pengagihan Pendapatan (sen / unit)
Kelas RM Ringgit Malaysia (RM) 7.89% 3.40
Kelas Hedged RM Ringgit Malaysia (RM) 7.93% 3.30
Kelas SGD Dolar Singapura (SGD) 7.88% 3.30
Kelas USD Dolar Amerika (USD) 7.88% 3.40
       

Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla berkata,

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelabur kami atas sokongan dan pelaburan berterusan mereka dalam BiGDF1. Keyakinan pelabur telah memberikan keputusan prestasi yang memberangsangkan dengan hasil pengagihan pendapatan sebanyak 3.40 sen untuk Kelas RM dan Kelas USD dan 3.30 sen untuk Kelas Hedged RM dan Kelas SGD”.

Dia berkata,

“Kerjasama dengan firma pengurusan aset global Arabesque Asset Management Ltd (Arabesque) telah membawa nilai tambah kepada pelabur kami. Strategi pelaburan Dana Sasaran secara unik menggabungkan kepatuhan Syariah, nilai kemampanan, proses pemilihan saham asas yang canggih dan teknologi pengurusan risiko dan pelaburan yang terkini”.

Mohamed Ridza berkata lagi,

“Tidak dinafikan lagi bahawa dana ESG akan menjadi arus utama pelaburan dan syarikat-syarikat yang memberi perhatian kepada faktor-faktor ESG akan mengungguli dan bertahan dalam jangka masa panjang. Dana Sasaran memanfaatkan gabungan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Arabesque S-Ray  dan skor Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC) untuk menganalisa syarikat dari sudut pandangan kemampanan. Kami yakin pendekatan penyaringan ESG ini dapat digunakan untuk mengurangkan risiko portfolio dan dapat menjana prestasi.”

Hasil pengagihan pendapatan adalah 7.89% untuk Kelas RM, 7.93% untuk Kelas Hedged RM, 7.88% untuk Kelas SGD dan 7.88% untuk Kelas USD yang telah mengatasi sasaran penanda arasnya iaitu 6.0% untuk tahun kelima secara berturut-turut. Ia lebih tinggi daripada hasil pengagihan pendapatan tahun lalu sebanyak 6.36% untuk Kelas RM, 6.0% untuk Kelas Hedged RM, 6.0% untuk Kelas SGD dan 6.0% untuk Kelas USD.

Proses pelaburan BiGDF1 menyingkirkan aspek berat sebelah dan gerak hati manusia, untuk membina kombinasi saham terbaik daripada kalangan 77,000 syarikat yang disenaraikan di peringkat global untuk membentuk portfolio sehingga 100 saham setiap hari dengan menggunakan lebih daripada 1,600 kriteria pemilihan yang memproses lebih daripada 100 bilion data. Dana ini mengimbangi semula portfolio setiap hari di antara ekuiti dan tunai untuk pulangan pelaburan mampan yang disesuaikan dengan risiko terselaras. Pendekatan pelaburan kuantitatif yang sistematik dan berdasarkan peraturan juga mengambil kira ESG untuk melabur dalam syarikat yang mempunyai kewangan hadapan yang mampan.

Pengurusan risiko secara kuantitatif dan teknologi pengurusan pelaburan Dana Sasaran dimiliki secara eksklusif oleh Arabesque. Ia berdasarkan penyelidikan akademik terkemuka mengenai corak pulangan saham, pengoptimuman portfolio Conditional Value at Risk (CVar) dan tingkah laku kewangan.

Dana yang pertama kali diperkenalkan pada bulan November 2015 merupakan ekuiti global terbesar Dana Ekuiti Global Shariah (di Malaysia dengan saiz dana melebihi RM700 juta. Dana ini juga telah dianugerahkan Dana Ekuiti ESG Terbaik 2020 oleh Anugerah Kewangan The Asset 2020.

Dana ini memberi pelabur akses kepada pelaburan dalam ekuiti global patuh Syariah. Dana ini melabur minimum 90% daripada Nilai Asset Bersih (NAB) Dana ke dalam Dana Sasaran dan maksimum 10% dari NAB Dana ke dalam simpanan tetap Islam, instrumen pasaran wang Islam dan/atau pasaran cair Islam. Jumlah pelaburan minimum adalah RM500, SGD500 atau USD500.

“Dengan BiGDF1, kami mengubah cara dana dikelolakan dengan penyelesaian teknologi kewangan yang membangunkan portfolio pelaburan untuk pertumbuhan modal sambil mengelola turun naik pasaran, menganalisa data dan membuat keputusan bebas gerak hati. BiGDF1 menggabungkan nilai-nilai Syariah dan prinsip-prinsip ESG sambil memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan untuk memberikan prestasi yang mampan dan profil pulangan risiko yang berpotensi lebih tinggi seperti yang dapat dilihat dalam prestasi cemerlang dalam penghasilan dividen untuk tahun kelima berturut-turut.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pemegang saham mengalami kerugian besar berikutan kesan risiko ESG. Selain COVID-19, kesan persekitaran dan sosial yang negatif terhadap tumpahan minyak, pembuangan sampah kilang, peningkatan pelepasan karbon, dan produk yang tidak selamat, yang membawa maut dan mengakibatkan kos yang tinggi bagi pemegang saham. Selain itu, kelemahan dalam tadbir urus dan kawalan perakaunan merosakkan kejayaan dan prestasi tinggi perniagaan yang ditunjangikemampanan, daya saing yang kompetitif dan prospek pertumbuhan jangka panjang. Kami percaya bahawa dengan memasukkan pertimbangan ESG yang mendalam, kami dapat mengurangkan risiko ini,” kata Ketua Pengawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

Beliau menyambung,

“Pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab secara sosial tetap akan menjadi peluang besar untuk dimanfaatkan, dan COVID-19 akan mempercepat agenda pelaburan mampan. Kajian yang dilakukan dalam beberapa tahun kebelakangan menunjukkan bahawa kesan positif dan mampan terhadap kejayaan kewangan jangka panjang syarikat dapat menghasilkan pulangan positif kepada pelabur dalam jangka panjang. “

BIMB Investment adalah satu-satunya Pengurus Aset Islam yang disokong bank di Asia Tenggara yang menjadi pemateri Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Dana ini, sila hubungi 1-800-88-1196 atau lawati www.bimbinvestment.com.my


Kenyataan

Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus Dana BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 bertarikh 17 Oktober 2019, dokumen tambahannya (jika ada) dan Lembaran (Product Highlight Sheets) (PHS) sebelum melabur, yang telah diserahkan kepada Sekuriti Suruhanjaya Malaysia (SC) yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya. Salinan Prospektus dan PHS boleh didapati dari Ibu Pejabat BIMB Investment Management Berhad, www.bimbinvestment.com.my, pejabat agensi berlesen dan/atau dari mana-mana cawangan Bank Islam. Kebenaran SC atau penyerahan Prospektus tidak boleh diambil sebagai isyarat bahawa SC telah mengesyorkan Dana.

Terdapat yuran dan caj yang terlibat dan Pelabur dinasihatkan untuk membandingkan dan mempertimbangkannya sebelum melabur ke dalam Dana. Pelaburan dalam Dana terdedah kepada risiko, sila rujuk Prospektus untuk maklumat terperinci. Pelabur dinasihatkan untuk mempertimbangkan risiko di dalam Dana dan harus membuat penilaian risiko mereka sendiri dan mendapatkan nasihat profesional, jika perlu, sebelum melabur. Pelabur juga harus mengambil perhatian bahawa harga unit dan hutang pengedaran, jika ada, boleh turun dan juga naik. Segala terbitan unit yang berkaitan dengan Prospektus hanya akan dibuat setelah menerima borang permohonan yang lengkap yang disebut dan disertakan dalam Prospektus, tertakluk pada terma dan syarat di dalamnya. Kandungan di dalam media ini tidak disemak oleh SC.

Mengenai BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”) adalah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka di Malaysia. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beribu pejabat di Malaysia, BIMB

Investment telah diperbadankan pada 14 September 1993 dan mula beroperasi pada 20 Jun 1994, BIMB Investment beribu pejabat di Malaysia.

Nombor bebas tol: 1-800-88-1196

Laman web: www.bimbinvestment.com.my

Untuk Pertanyaan:

Wan Norkhairi Wan Samad

Omar Atin

  • Perhubungan Media & Editorial, Komunikasi Korporat Kumpulan
  • BIMB Holdings Berhad
  • Tel: +603-2781 2943 / +6019-391 9144
  • Emel: omar@bankislam.com.my

Nurfarah Diyana Mohd Firhad

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *