Boleh ke keluarkan KWSP untuk bayar pinjaman pelajaran?

Bagi korang yang tercari – cari cara untuk bayar pinjaman pelajaran korang (contohnya pinjaman PTPTN), korang boleh guna KWSP.

Yang penting kena dengan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Nak tahu lebih lanjut?

Maklumat ni Min dapat daripada website KWSP. Jom hadamkan sama – sama ok.

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Apa yang boleh dikeluarkan?

Jumlah yuran pengajian / baki pinjaman pendidikan ATAU Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Apa yang dibiayai?

  1. Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian
    ATAU jumlah baki pinjaman
  2. Yuran hostel dan penginapan
  3. Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

Siapa yang boleh memohon?

  1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  2. Berumur 55 tahun ke bawah
  3. Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setaraf (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
  4. Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa)
  5. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  6. Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan *Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)

Pengeluaran untuk pinjaman pendidikan

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anda
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak

Bila korang boleh keluarkan?

  • Setiap semester atau tahun pengajian
  • Dalam masa 3 tahun dari tarikh tamat pengajian/berhenti/gagal bagi bayaran yang tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Pilihan pembayaran

Pembayaran kepada ahli

  • Jika yuran telah dibayar kepada institusi pengajian tinggi (resit tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan)

Pembayaran kepada institusi pengajian tinggi

  • Bagi menyelesaikan yuran pengajian yang belum dijelaskan

Dokumen yang diperlukan

Dokumen tambahan yang diperlukan bagi pengeluaran pendidikan untuk ahli atau anak ahli

Pengeluaran kali pertama dan ke dua memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli dan anak ahli.

Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

Pengeluaran kali pertama bagi diri sendiri

  1. Bukti penerimaan – Surat tawaran belajar DAN bukti kelayakan mengikuti pengajian
  2. Bukti pengajian – Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
  3. Bukti pembayaran* – Resit pembayaran yuran pengajian DAN tiket penerbangan/resit pembayaran asal ( *Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi )
  4. Dokumen tambahan – Borang Temuduga DAN buku bank / penyata akaun simpanan / Penyata akaun Semasa / Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun / Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web* (*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi)
  5. Dokumen tambahan bagi pengajian luar negara – Salinan muka surat butiran pasport pelajar yang masih sah laku DAN

Jika ahli telah ke luar negara

Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/bayaran yuran pengajian/Visa belajar/Keputusan peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar negara

ATAU

Jika ahli belum ke luar negara

Bukti bayaran kepada pihak institusi pengajian tinggi

Pengeluaran seterusnya bagi diri sendiri

  1. Bukti pengajian – Salinan keputusan peperiksaan terkini
  2. Bukti pembayaran* – Resit pembayaran yuran pengajian (*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi)
  3. Dokumen tambahan – Buku bank/Penyata akaun simpanan /Penyata akaun Semasa/Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web* (*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *