Buat 7 perkara ni dapat tingkatkan simpanan. Tip 5 paling win.
Nak simpan duit bukannya senang.
Kalau tak menyimpan dari awal, boleh jadi susah hidup. Tiba-tiba nak guna duit, kita nak cekau duit kat mana?
Lagi lagi sekarang ni. Banyak nak pakai duit.
Takpe. Min ada solution untuk korang yang tercari-cari solution. Hadamkan perkongsian sempoi Amir Syahir ni. Dah selesai baca tu, bolehlah mula bertindak.
Korang masih tak boleh menyimpan?
Zaman serba canggih ni, serba serbi nak guna duit. Masuk tandas pun kena bayar.
Kalau tak pandai uruskan kewangan, memang korang tak dapat nak menyimpan. Cuma, tu bukan alasan untuk korang tak menyimpan.
Kena la usaha. Cari cara macam mana nak menyimpan. Jom baca 7 cara macam mana nak tingkatkan tabung simpanan.
Tip #1 : Analisa Kewangan Peribadi
Kau analisa balik perbelanjaan bulanan sebelum ni. Selidik dekat mana kebocoran wang berlaku.
Antara yang korang boleh tengok dan kaji seperti berapa kos sara hidup, berapa belanja makan sebulan, dan sebagainya.
Berjimat-cermat selagi boleh, dan potong perbelanjaan yang tak patut.
Tip #2 : Do It Yourself
Buat sendiri kalau kau rasa boleh buat. Basuh baju sendiri tak perlu pergi dobi. Rasa nak minum kopi mahal pergi beli kopi paket kat pasar raya tu.
Tak payah pergi kedai kopi hipster. Fikir dulu, boleh tak kau buat sendiri sebelum upah orang ataupun guna perkhidmatan orang lain.
Tip #3 : Buat Perbandingan
Tak boleh belanja sesuka hati. Belanja apa yang perlu je.
Kemahiran membezakan antara keperluan dengan kehendak itu penting. Tengok harga dan buat perbandingan dulu sebelum beli barang.
Biasanya barang laris dan mahal akan diletakkan di paras mata korang.
Jadi, kau boleh tengok bahagian bawah sikit. Ada je banyak barang bagus, cuma jenama buat dia jadi mahal.
Barang mahal tak semestinya bagus, dan barang bagus tak semestinya mahal.
Tip #4 : Jangan Berhutang Yang Tidak Perlu
Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon misalnya. Korang tak payah nak berhutang la. Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak tu.
Tip #5 : Kurangkan Makan Di Luar
Kalau nak jimat banyak, elok korang makan dekat rumah je. Masak sendiri.
Beli ayam segar boleh makan 2 hari. Paling senang goreng telur dan masak nasi. Lepas tu, upgrade sikit masak ayam goreng.
Lama-kelamaan, korang dah pandai masak sup, tomyam dan ayam pedas.
Tip #6 : Hidup Di Bawah Kemampuan
Hidup di bawah kemampuan ni, bukan buat diri kau hina pun.
Biar la pergi pasar raya pakai selipar pun. Biar la pakai baju bundle pun. Asalkan semua selesa.
Jangan ikut sangat arus perdana anak muda tu. Pakai Honda Civic Type R bagai, tapi simpanan RM2,000 pun takde.
Tip #7 : Mulakan Pelaburan
Mulakan melabur 10% daripada duit korang kat tempat yang sesuai.
Korang boleh melabur di Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera, Amanah Saham Bumiputera, atau unit amanah yang lain.
‘Biar papa, asal bergaya’ jadi moto hidup?
Tak payah nak “February, Please Be Nice To Me” bagai la, kalau tiap bulan kau beli baju secara online serupa tak pernah ada baju. Atau tiap bulan nak modified kereta.
Macam golongan berdarah hipster ni. Mereka tak kisah pun tabung simpanan banyak mana.
Asal dapat gaji je, habis berbelanja sesuka hati. Menyimpan langsung tak.
Ada golongan gadis-gadis hipster, warna beg, tudung mesti sama dengan kasut. Kalau boleh, semua kena matching.
Kalau mampu, saya tak kisah, ini pinjam duit kawan nak bergaya. Kepuasan hidup apa kalau macam tu.
Up gambar makan mewah dekat Instagram, tapi dekat Facebook mengadu tak cukup duit.
Kecam kerajaan, kenapa tak buat pinjaman pelajaran percuma. Marah PTPTN sebab nama kena blacklist. Hanya nak menunjuk saja. Padahal bukan banyak duit pun.
Apa-apa pun, ilmu itu penting.
Baca sikit mengenai pengurusan kewangan. Biar tahu apa itu aset dan liabiliti. Ini baca novel je. Baca fakta anak bongsu la, baca pasal artis kahwin la. Pesen suka baca yang tak berfaedah. Kah!
—
Min yakin korang nak ubah kewangan korang 2020 ni. Sebab tu korang baca artikel ni kan?
Korang boleh ubah kewangan jadi lebih baik. Dengan syarat, korang kena komited dan kekalkan fokus korang tu.
Silakan SHARE artikel ini jika bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat, kita hadam bersama-sama.