Cara – cara membuat pengeluaran secara online di myASNB
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran secara online di myASNB.
Buat masa sekarang kemudahan ini hanya ditawarkan menerusi portal myASNB. Di apps myASNB korang boleh gunakan kemudahan ni bermula 27 April 2020 nanti.
Jom tengok cara – cara membuat pengeluaran secara online di myASNB.
Maklumat ni Min dapat daripada website ASNB.
Cara – cara membuat pengeluaran secara online di myASNB
Langkah #1 : Log masuk ke akaun myASNB di www.myasnb.com.my
Langkah #2 : Klik Portfolio. Kemudian klik transaksi pada unit amanah yang dikehendaki dan pilih Jualan balik.
Langkah #3 : Pastikan maklumat bank betul dan klik seterusnya.
Langkah #4 : Baca, kemudian tanda kotak pengisythiharan dan klik seterusnya.
Langkah #5 : Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik seterusnya.
Langkah #6 : Semak semula butiran di notifikasi dan klik ‘Teruskan‘.
Langkah #7 : Klik permintaan TAC, isikan dan klik ‘Seterusnya‘.
Langkah #8 : Siap!
Soalan lazim berkaitan pengeluaran online myASNB
Apakah kemudahan pengeluaran dalam talian @myASNB?
Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.
Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
Berapakah had minimum dan maksimum yang dibenarkan menerusi kemudahan ini?
Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
Bilakah kemudahan pengeluaran dalam talian ini dilancarkan?
Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.
Adakah sebarang caj dikenakan untuk kemudahan ini?
Kemudahan ini adalah PERCUMA sahaja.
Jika belum mendaftar sebagai pengguna myASNB, boleh guna kemudahan ni?
Tidak boleh. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.
Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Klik pautan di sini berikut untuk cara-cara mendaftar myASNB.
Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
–
Min suka bila myASNB dah boleh bawa keluar secara online ni. Ye lah kita tak tahu kan bila waktu terdesak nak keluar duit, tambah lagi sepanjang tempoh PKP ni.
Bawa keluar apabila perlu je ye.
Perkongsian ni bermanfaat? Silakan SHARE kepada keluarga dan kawan – kawan korang supaya mereka pun tahu.