iSaraan – Simpanan KWSP bagi yang bekerja sendiri dan tak bergaji tetap

Bagi yang bekerja sendiri dan tak bergaji tetap, korang masih boleh ada simpanan KWSP sendiri yang dinamakan i-Saraan.

KWSP ni penting sebagai dana persaraan korang.

Min ada baca di KWSP tentang i-Saraan ni. Jadi kali ni Min nak kongsikan tentang info menarik ni kat korang. Jemput baca sampai habis.

Apa itu i-Saraan?

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Insentif Persaraan (i-Saraan)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.

*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.

*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.

Faedah

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500
    * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  

Siapa Yang Boleh Memohon

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri

Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja

  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

Menghantar borang KWSP 16G(M)

Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Cara Dan Saluran Pembayaran

PERBANKAN INTERNET
 
KAUNTER EJEN BANK
 
KAUNTER KWSP 
 
Pemindahan wang secara elektronikMaybankPublic BankRHB BankTunai/cekBSNMaybankPublic BankRHB BankTunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Had Bayaran

Minimum (RM sahaja)

Tiada had

Maksimum (RM sahaja)

RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela

(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Apa yang diperlukan untuk memohon?

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Dah faham tentang i-Saraan ni? Bagus.

Bagi yang bekerja sendiri dan masih belum buat i-Saraan, korang boleh buat terus lepas ni ok?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *