Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji mula diperkenalkan
Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah melancarkan kad debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji hasil kerjasama dengan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Visa.
Kad debit – i ini menawarkan pelbagai keistimewaan dan kepada para pemegangnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Mohd Muazzam Mohamed berkata:
“Kami akan terus berusaha menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini serta menjadi pilihan pelanggan, tanpa mengabaikan tanggung jawab sosial dan kemapanan alam sekitar.
“Menerusi kad ini, para pemegangnya berpeluang melakukan transaksi pembayaran bagi pembelian lebih 60 juta lokasi peniaga serta akses tunai kepada lebih 2.5 juta terminal mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di serata dunia.
“Bagi pendeposit TH, mereka boleh mendapat akses kepada simpanan masing-masing dengan menghubungkannya kepada akaun mereka dan melakukan pemindahan dari akaun simpanan dan semasa,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji di sini, hari ini.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
Maklumat lebih lanjut tentang Kad Debit-i TH ni Min baca di website Tabung Haji.
Kad Debit-i TH adalah hasil daripada kerjasama Co-Brand antara TH dan BIMB sebagai satu alternatif kepada Jemaah Haji/Pendeposit untuk membuat pengeluaran wang semasa di Tanah Suci.
Tujuan pelancaran Kad Debit-i TH
- Tujuan utama pelancaran Kad Debit-i TH ini adalah untuk membolehkan Jemaah Haji/Pendeposit melakukan transaksi pengeluaran wang di Tanah Suci secara percuma semasa musim Haji.
- Dengan Kad Debit-i TH juga, Jemaah Haji/Pendeposit boleh melakukan transaksi pengeluaran wang melalui mesin ATM di Malaysia dan Luar Negara.
REKA BENTUK KAD DEBIT-I TH
Reka bentuk Kad Debit-i TH adalah seperti di bawah:
CARA PERMOHONAN KAD DEBIT-I TH
- Bagi mendapatkan Kad Debit-i TH, Jemaah Haji/Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun BIMB di Cawangan BIMB.
- Kad Debit-i TH akan dikeluarkan di bawah akaun BIMB ini dan didaftarkan (link) ke akaun TH Jemaah Haji/Pendeposit.
- Bagi Jemaah Haji/Pendeposit yang telah memiliki akaun BIMB, mereka boleh membuat penggantian kad.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH KAD DEBIT-I TH
- Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Malaysia:
2. Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Tanah Suci:
Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma: Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji akan didebit dari akaun BIMB Jemaah Haji /Pendeposit.
Oleh itu, Jemaah Haji/Pendeposit perlu membuat pindahan dengan amaun yang mencukupi dari akaun TH ke akaun BIMB sebelum mereka membuat pengeluaran wang di Tanah Suci.
–
Bagi yang bakal ke Tanah Suci, kad debit ni bakal membantu dalam urusan kewangan.
Perkongsian ni bermanfaat? Silakan SHARE kepada keluarga dan rakan – rakan korang.