|

Kumpulan Kenanga Menjadi Bank Pelaburan Malaysia Pertama Sertai Rangkaian UN Global Compact

Kuala Lumpur, 9 Disember 2021 – Kenanga Investment Bank Berhad (“Kenanga”), hari ini menjadi bank pelaburan Malaysia pertama untuk menyertai United Nations Global Compact (“UN Global Compact”), inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia, menunjukkan komitmennya terhadap Sepuluh Prinsip Padat Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bidang Hak Asasi Manusia, Buruh, Alam Sekitar dan Anti-Rasuah.

Kenanga menyertai rangkaian syarikat sukarela global yang komited untuk melaksanakan tindakan perniagaan bertanggungjawab bagi mencipta masa depan yang lebih baik. Dilancarkan pada tahun 2000, UN Global Compact mengandungi lebih 12,000 syarikat dan 3,000 penandatangan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 negara di seluruh dunia, dan lebih 70 Rangkaian Tempatan.

“Kami berasa bangga kerana diundang untuk menjadi sebahagian daripada UN Global Compact. Melaksanakan perubahan yang signifikan terhadap kemampanan merupakan tanggungjawab bersama dan memerlukan usaha bersepadu para peserta dalam setiap sektor. Sebagai peserta bank pelaburan Malaysia pertama, kami berharap untuk memberikan sumbangan dan juga menimba ilmu pengetahuan, selain menetapkan sasaran untuk mencipta kejayaan dalam menjana impak yang penting,”

kata Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan, Kenanga Investment Bank Berhad.  

Sebuah jenama tempatan dengan pengalaman selama hampir lima dekad, Kenanga giat memacu penerapan aspek ESG dalam operasinya. Sebagai sebahagian daripada landasan tindakan iklimnya, Kumpulan Kenanga telah menetapkan sasaran untuk beroperasi menerusi tenaga hijau 100% pada tahun 2025, sejajar dengan komitmen Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon pada tahun 2050.

“Di samping impak iklim, agenda kemampanan kami juga memberikan tumpuan pada kepelbagaian, rangkuman dan kesejahteraan tenaga kerja kami, pelaburan komuniti, pelaburan bertanggungjawab, pendigitalan dan amalan perniagaan baik. Kami berasa teruja terhadap pembinaan keupayaan dan peluang memperkukuh rangkaian menerusi kerjasama dengan UN Global Compact, yang akan berfungsi sebagai pendorong untuk mempertingkatkan sumbangan kami kepada Matlamat Pembangunan Mampan PBB,”  

jelas Datuk Chay.  

Dalam memberikan respons kepada 10 Prinsip United Nations Global Compact yang menekankan keperluan bagi perniagaan untuk berusaha memerangi rasuah dalam semua bentuknya, Kenanga baru-baru ini menyempurnakan kempen tahunan kesedaran penipuan kali ke-5, iaitu sebuah inisiatif yang turut disertai oleh Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Sri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia (MACFE). Program tersebut berjaya mengumpulkan lebih 500 delegasi dalaman dan luaran daripada pelbagai badan pengawalseliaan, badan profesional dan syarikat awam tersenarai, dalam suatu langkah untuk menggalakkan usaha membanteras penipuan, sogokan dan rasuah. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga, sila layari www.kenanga.com.my.

##

Mengenai Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H) 

Ditubuhkan lebih 45 tahun lalu, Kenanga Investment Bank Berhad (“Kumpulan”) merupakan kumpulan kewangan di Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam pembrokeran ekuiti, perbankan pelaburan, perbendaharaan, perbankan Islamik, derivatif tersenarai, pengurusan pelaburan, pengurusan kekayaan, pemberian pinjaman berstruktur dan pembiayaan perdagangan.

Kumpulan telah meraih beberapa anugerah dan penghargaan cemerlang yang mencerminkan kedudukan pasaran Kumpulan yang kukuh.  Kumpulan telah menerima anugerah di bawah kategori Organisasi Peserta Ekuiti Terbaik Keseluruhan daripada Bursa Malaysia, Peserta Perdagangan Derivatif Terbaik, Pengeluar Waran Berstruktur Terbaik, Organisasi Peserta Ekuiti Runcit Terbaik, Bank Pelaburan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik; di samping Peserta Pelaburan Terbaik dan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik serta bagi Ekuiti dan Derivatif Kewangan selama 18 tahun berturut-turut. Kumpulan juga telah menerima pengiktirafan daripada Bursa Malaysia bagi kategori Perdagangan Derivatif Institusi Terbaik.

Kumpulan masih menjadi penerima berkala dan berulang bagi penghargaan industri yang terunggul seperti anugerah Lipper, Fundsupermart dan Morningstar. Bagi usaha berterusan Kumpulan dalam program jangkauan komuniti dan kerja sukarela kakitangan, Kumpulan telah meraih anugerah syarikat rebutan sepanjang tahun bagi program kesedaran alam sekitar dan kemampanan dalam Anugerah Kemampanan & CSR Malaysia 2020. Kumpulan juga merupakan Peserta United Nations Global Compact dan mematuhi pendekatan berasaskan prinsipnya terhadap perniagaan bertanggungjawab.

Pada hari ini, Kenanga Investment Bank Berhad merupakan bank pelaburan bebas yang terunggul dan terkemuka di Malaysia dengan komitmen berterusan kepada usaha memacu kolaborasi, inovasi dan pendigitalisan di pasaran.

Siaran Akhbar ini dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran, Komunikasi & Kemampanan Kumpulan Kenanga.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *