KWSP bakal umumkan perincian pengeluaran Akaun 1 KWSP pada 18 Nov ini

| |

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020. i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek. i- Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
14 November 2020

Previous

Agrobank anjur hari terbuka untuk bantu pelanggan pasca-moratorium

KWSP membenarkan pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000 untuk Akaun 1 KWSP (i-Sinar)

Next

Leave a Comment