Belanjawan 101 : Macam mana nak buat bajet kewangan?

“Macam mana nak buat bajet?” 

Ini antara soalan yang ramai orang tanya. Bila dah pegang duit sendiri, timbul kesedaran untuk mula cakna kewangan peribadi. Yelah, penat penat kerja dan dapat duit, kenalah tahu ke mana duit tu pergi kan. Takdelah hujung bulan rasa macam bocor je. 

Kali ni Min nak kongsikan ilmu yang Min dapat daripada NerdWallet. Jemput hadamkan artikel ini sekarang. 

Bahagikan pendapatan anda kepada keperluan, kehendak, simpanan dan pembayaran hutan dengan menggunakan formula 50/30/20. 

Sekiranya saya ada gaji sebanyak RM2,000 sebulan, macam mana nak bahagikan antara bayar rumah, makanan, takaful, bayar hutang dan kehendak tanpa kesempitan wang di hujung bulan? Ada banyak benda nak kena bayar setiap bulan dengan gaji yang kecil. 

Caranya adalah dengan membuat bajet. 

Apa itu bajet? 

Ianya adalah perancangan untuk setiap duit yang ada. Ini bukan magic yang boleh selesaikan terus masalah kewangan yang anda ada, namun ianya boleh membantu anda mengatur kewangan anda jadi lebih dan buat hidup anda lagi tenang. 

Jom baca lebih lanjut macam mana nak buat bajet kewangan. 

Cara membuat bajet kewangan: 

  • Kira berapa pendapatan bulanan anda, pilih kaedah bajet yang sesuai dengan kewangan anda dan pantau duit keluar masuk. 
  • Boleh cuba peraturan 50/30/20 sebagai pelan bajet yang sederhana. 
  • Letakkan 50% daripada pendapatan anda untuk keperluan. 
  • Tinggalkan 30% daripada pendapatan anda untuk keperluan 
  • Letakkan bajet 20% daripada pendapatan anda untuk simpanan dan pembayaran hutang. 

Fahami proses buat bajet 

Sekiranya anda dapat gaji bulanan tetap, tengok berapa yang anda dapat bersih. Kalau anda ada pendapatan lain (contohnya side hustle), tolak apa saja yang mengurangkannya contohnya cukai dan perbelanjaan bisnes. 

Pilih pelan bajet yang sesuai

Mana – mana bajet mesti merangkuni semua keperluan anda, kehendak dan simpanan untuk kegunaan untuk masa depan. Contoh pelan bajet yang anda boleh guna adalah sistem envelop. 

Tengok keluar masuk duit anda 

Catat segala perbelanjaan anda atau anda juga boleh gunakan apps rekod bajet. 

Anda boleh cuba menggunakan kaedah 50/30/20 untuk merangka bajet anda. Secara ringkasnya, 50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak dan 20% untuk simpanan dan bayar hutang. Dalam jangka masa yang panjang, seseorang yang menggunakan kaedah bajet ini boleh mengawal hutang, berbelanja dengan berhemah dan juga ada simpanan untuk kecemasan dan bersara dengan selesa. 

Letakkan 50% daripada gaji anda untuk keperluan

Keperluan anda mestilah termasuk : 

  • Barang dapur
  • Bayar sewa rumah 
  • Utiliti asas 
  • Takaful 
  • Penjagaan anak atau perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kerja anda.

Sekiranya keperluan anda melebihi 50%, anda perlu masukkan ia dalam bahagian kehendak buat sementara waktu dan tengok balik perbelanjaan anda. 

Walaupun keperluan anda sekarang mungkin berada di bawah had 50%, anda boleh nilai kembali perbelanjaan anda. Anda mungkin akan dapat pelan telefon bimbit yang lebih baik, refinance mortgage anda atau insurans kereta yang lebih murah. 

Asingkan 30% dari pendapatan anda untuk keperluan

Nak pisahkan antara keperluan dan kehendak boleh jadi sukar. Namun, keperluan lagi penting untuk anda terus hidup dan bekerja. 

Tak susah pun nak buat keputusan. Contohnya :

  • Keahlian gym kehendak atau keperluan? 
  • Makanan organik satu keperluan atau kehendak? 

Keputusan adalah berbeza mengikut individu. 

Kalau anda tengah nak keluar daripada hutang secepat yang boleh, anda perlu tangguhkan sekejap kehendak anda sehingga anda ada simpanan dan hutang anda terkawal. Namun, tak semestinya anda tak boleh self reward. Makin stress nanti. 

Bajet adalah alat untuk menolong anda mengatur kewangan anda jadi lebih baik. 

Tetapkan 20% daripada pendapatan anda untuk simpanan dan pembayaran hutang

Gunakan 20% daripada pendapatan anda untuk simpanan (boleh digunakan semasa kecemasan) dan juga untuk membayar hutang. 

Prioriti 1 : Ramai pakar yang mencadangkan anda mula membina dana kecemasan. Kami cadangkan anda bermula dengan jumlah yang anda mampu setiap bulan – sikit sikit lama lama jadi bukit. Tidur anda boleh jadi lebih lena bila anda dah mula bina dana kecemasan. 

Prioriti 2 : Keluar daripada hutang jahat. Kad kredit yang tinggi interest rate, personal loan dan juga mana – mana hutang yang banyak menelan duit anda. 

Prioriti 3 : Menyimpan untuk persaraan. Anda boleh mula menyimpan untuk persaraan bila anda dah bina dana kecemasan dan mula hapuskan hutang jahat. 

Prioriti ini sebagai cadangan. Anda boleh sesuaikan mengikut keadaan anda. 

Dalam merancang kewangan, penting untuk kita tahu keadaan kewangan kita sekarang. Min harap dengan perkongsian ini boleh membuka mata anda macam mana nak mula buat bajet dan menjadi bijak kewangan. 

Min doakan anda dapat kawal kewangan dengan baik dan nantikan perkongsian Min seterusnya ok? 

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]


Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *