Macam mana nak mula merancang kewangan?
Setiap orang ada cara yang tersendiri bila nak merancang kewangan. Tak ada satu cara yang boleh fit untuk semua orang. Setiap orang berbeza keperluan dan juga jalan penyelesaian. Namun, ada beberapa perkara asas yang anda boleh jadikan panduan untuk capai target kewangan anda.
Kali ni Min nak kongsikan kepada anda 3 tip merancang kewangan yang anda boleh jadikan sebagai langkah permulaan untuk jadi bijak kewangan.
Tip #1 : Pastikan hutang anda terkawal
Sekarang mungkin anda ada hutang PTPTN, kad kredit, pinjaman kereta dan lain – lain. Pastikan hutang anda tidak melebihi 30% daripada pendapatan kasar anda. Kalau hutang anda masih di bawah 30%, bagus.
Kalau anda ada hutang kad kredit yang banyak, anda juga boleh gunakan tawaran 0% balance transfer untuk gabungkan baki kad kredit anda dan kurangkan caj interest.
Tip #2 : Target untuk simpan sekurang – kurangnya 10% daripada pendapatan
Salah satu tips menyimpan yang biasa kita dengar adalah simpan 10% daripada pendapatan. Contoh kalau anda bergaji RM2,000, target untuk boleh menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan. Jumlah ini mungkin nampak banyak bagi anda yang baru nak bermula.
Anda boleh mulakan dengan jumlah yang anda mampu terlebih dulu. Sikit – sikit, lama – lama jadi bukit.
Anda boleh letakkan target tertentu untuk simpanan ni contohnya untuk buat kahwin ke, nak bawa mak ayah pergi haji ke nak beli rumah ke. Mulakan menyimpan dari sekarang.
Tip #3 : Mulakan simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan ini sangat penting untuk kegunaan masa depan. Jika anda perlu gunakan duit nanti, anda dah ada simpanan untuk digunakan. Paling kurang anda boleh target untuk ada simpanan 3 bulan gaji. Contoh anda bergaji RM2,000 sekarang. Simpanan kecemasan anda haruslah ada RM6,000.
Namun harus diingatkan bahawa ini cumalah cadangan asas. Anda boleh buat keputusan untuk simpan lebih atau kurang daripada itu bergantung kepada situasi kewangan anda. Kalau anda bekerja sendiri, anda mungkin nak tambah simpanan kecemasan kecemasan anda kepada 12 bulan. Anda boleh tambah simpanan anda dari masa ke semasa.
Kesimpulan
3 tip kewangan yang Min bagi boleh dijadikan sebagai panduan untuk memulakan perancangan kewangan. Kalau anda ambil servis financial advisor, mereka akan lebih detail dalam membantu anda membuat financial planning. Terpulang kepada anda nak terus pergi kepada financial advisor ataupun anda nak DIY. Mulakan langkah daripada sekarang. Jangan tunggu lagi.
Min harap anda dapat manfaat daripada artikel ini.
Anda rasa artikel ini best? Silakan SHARE supaya keluarga dan kawan – kawan anda boleh baca juga.
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]