|

Macam mana nak simpan duit bagi yang bergaji kecil?

Ada pelbagai teknik untuk menyimpan duit yang kita boleh pakai. Ada orang nak simpan untuk kos majlis kahwin, ada yang simpan untuk beli rumah, ada yang nak buat pergi melancong dan ada juga nak simpan untuk anak – anak. Lain orang lain matlamat menyimpan. 

Kali ni Min nak kongsikan 9 tip untuk menyimpan duit yang anda boleh buat terus. 

Tip #1 : Tetapkan matlamat simpanan yang anda nak 

Perkara pertama yang anda boleh mula buat adalah tetapkan matlamat yang anda nak sebenarnya. Berapa banyak anda nak simpan. Contoh katakan saya ambil matlamat nak simpan untuk kahwin. Berapa banyak yang diperlukan untuk majlis kahwin? 

Katakan pula untuk persaraan. Berapa banyak yang diperlukan untuk anda bersara dengan tenang? 

Tip #2 : Buat jangka masa untuk anda menyimpan 

Katakan saya nak menyimpan untuk beli rumah pertama dalam masa 2 tahun lagi. Mungkin sekurang – kurangnya saya perlukan deposit dalam RM20,000. 

Bila anda dah tetapkan jangka masa yang anda ingin capai, anda akan lebih fokus untuk capai matlamat tu. yang penting anda kena tahu kemampuan anda untuk capai matlamat tersebut. Setkan jangka masa yang realistik. Yang nak kejar capai matlamat tu anda sendiri juga. 

Kekurangan bila anda setkan jangka masa yang unrealistic, anda akan kecewa bila tak tercapai.

Tip #3 : Setkan berapa banyak yang anda kena simpan setiap bulan 

Anda dah tetapkan apa matlamat dan jangka masa yang nak dicapai, maka anda boleh mula target berapa setiap bulan yang anda kena simpan. 

Katakan anda kena ada lebih kurang RM20,000 dalam masa 2 tahun lagi. 

Jadi:

RM20,000 / 24 bulan = RM833/sebulan

Bila anda dah kira sebulan berapa yang anda kena simpan, anda boleh agak adakah realistik tak matlamat anda. 

Tip #4 : Simpan rekod perbelanjaan bulanan

Antara tip lain untuk menyimpan duit adalah dengan track perbelanjaan anda. 

2 perkara penting yang anda kena tahu bila menguruskan kewangan:

i) berapa pendapatan anda?

ii) berapa banyak perbelanjaan anda?

Kita tak nak perbelanjaan melebihi pendapatan. Ianya bakal menjadi negative cashflow. 

Rekod perbelanjaan untuk setiap bulan. Cuba sebaik mungkin untuk tulis secara terperinci supaya anda tahu sebenarnya anda banyak habis kat mana. 

Anda boleh buat secara manual (tulis atas buku nota) ataupun menggunakan apps di telefon bimbit anda. 

Cara yang mana satu anda nak buat tu terpulanglah. 

Tip #5 : Belajar buat bajet 

Bila anda dah mula rekod perbelanjaan, anda akan nampak sebenarnya duit anda banyak dihabiskan kat mana. Kat sini anda boleh mula membuat bajet supaya anda tak bocor di tengah bulan. Anda tak nak kan tengah bulan dah pening tak ada duit nak makan. 

Dengan bajet, kita boleh elakkan dari terbeli benda yang tak sepatutnya. Setkan terus berapa yang kita nak belanja untuk sesuatu. Contohnya anda terus setkan RM200 untuk shopping. Tak kisahlah anda nak shopping apa pun, jangan lebih daripada RM200 tu. 

Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.

Tip #6 : Bijak gunakan kad kredit

Tak semestinya tak bagus guna kad kredit ni. Yang penting kena pandai kawal lah. Jangan pula kita main swipe sana sini. Tup tup hujung terus menggunung bil kad kredit anda. 

Kalau anda gunakan kad kredit, gunakan secara berhemah. Bayar hutang kad kredit anda. Anda pun boleh dapat banyak guna kad kredit ni. 

Tip #7 : Buat tabung berwarna 

Tabung berwarna ni antara tip menyimpan yang berkesan untuk buat bagi anda yang nak serius menyimpan. Contohnya anda setkan untuk simpan satu warna duit je. Jumpa RM1 dalam dompet, masukkan dalam tabung. Kalau anda dapat duit RM5, masukkan terus dalam tabung. Anda boleh pilih sama ada nak simpan RM1 / RM5 / RM10. Sikit – sikit, lama – lama jadi bukit. 

Tip #8 : Pilih akaun yang boleh bagi kadar dividen yang lebih tinggi

Anda boleh pilih akaun yang anda suka. Contohnya ASB, Tabung Haji atau akaun bank biasa. 

Macam contoh ASB. Setiap tahun anda bakal dapat dividen. 

Tip #9 : Bayar diri sendiri dulu 

Kebiasaan yang ramai orang buat adalah bila dapat gaji, terus belanja itu ini. Dah habis belanja, baru lah nak simpan. Anda takkan berjaya simpan kalau teruskan habit macam ni. 

Bila dapat gaji, terus asingkan siap – siap untuk simpanan. Tak kisahlah anda nak transfer ke mana sekalipun terpulanglah. 

Berapa banyak yang anda kena simpan setiap bulan?

Terpulang kepada diri anda sendiri. Nak mulakan dengan RM50 sebulan ataupun 10% daripada gaji ke, pilihlah. 

Anda boleh setkan terus buat pemindahan secara automatik dari akaun anda ke akaun simpanan. 

Kesimpulannya adalah anda boleh mulakan menyimpan dari sekarang bermula sekarang. Buatlah ikut kemampuan, tiada paksaan pun. Simpanan yang kita buat ni pun adalah untuk membantu kita bila kita perlukan. Contohnya kita jatuh sakit ke, kereta rosak ke, dah sampai masanya untuk kita kahwin ke dan macam – macam lagilah. 

Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Jadi kita bersedia dari sekarang. Mulakan atur kewangan secara bijak dan menyimpan. 

Sikit – sikit lama – lama jadi bukit. Awal – awal ni mungkin sikit je simpanan yang kita boleh buat simpanan. Lama – lama nanti simpanan kita akan makin bertambah dan compouding. 

Setakat tu dulu perkongsian Min kali ni. Harap dapat manfaat. 

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, mohon sharekan artikel ini supaya lagi ramai orang boleh baca sama – sama. 

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *