Maybank anjurkan siri roadshow tawarkan bantuan pembayaran balik

Malayan Banking Bhd (Maybank) akan menganjurkan siri jerayawara (roadshow) di seluruh negara pada dua hujung minggu akan datang sehingga moratorium berakhir pada 30 Sept ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata pihaknya menawarkan pakej Bantuan Pembayaran Balik yang khas untuk membantu mereka menangani cabaran seperti kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Maybank juga akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 7:00 malam bermula 21 Sept hingga 30 Sept, 2020 untuk semua cawangannya di seluruh negara kecuali yang berada di Zon Merah Covid-19.

“Jerayawara dan waktu operasi cawangan yang dilanjutkan itu adalah untuk kemudahan pelanggan individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” kata bank berkenaan.

Bank turut menggesa para pelanggan yang memerlukan sokongan tambahan untuk datang dan berjumpa dengan penasihat kewangannya untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma atau memohon bantuan pembayaran balik.

“Pelanggan tidak perlu untuk membuat sebarang janji temu, mereka hanya perlu datang ke cawangan dan pusat Maybank yang ditentukan. Pelanggan digalakkan membawa dokumen sokongan yang relevan seperti slip gaji atau penyata bank untuk mempercepatkan proses ini,” tambahnya.

Bagi pelanggan yang tidak dapat menghadiri jerayawara ini, Maybank telah juga menyediakan tiga saluran mudah untuk memohon pakej Bantuan Pembayaran Balik iaitu –  Maybank2u, emel weassist@maybank.com atau menghubungi mana-mana cawangannya, pusat PKS atau Pusat Kewangan Auto di seluruh negara.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.maybank2u.com/covid19.

— BERNAMA

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *