Luno: Melabur Bitcoin Semudah Membuat Secawan Kopi
Kuala Lumpur, 7 September 2021 – Luno, bursa aset digital terkemuka yang dikawal selia di Malaysia, mengumumkan kempen membeli-belah baru yang menawarkan pelanggan baucar Bitcoin eksklusif dan peluang untuk memenangi mesin kopi NESCAFÉ® Dolce Gusto® Genio 2. Mulai sekarang hingga 30 September, pelanggan boleh membeli baucar Bitcoin dari Voucher & Deals di aplikasi mudah alih Shopee dengan harga serendah RM1.99 dan menebusnya melalui aplikasi Luno untuk membeli Bitcoin. Pelancaran ini bersempena dengan kempen 9.9 Super Shopping Day oleh Shopee, yang sedang berlangsung hingga 9 September.
Sebagai sebahagian daripada kempen Luno, pelanggan yang membeli baucar Bitcoin dan menebusnya dalam tempoh kempen, akan menerima baucar NESCAFÉ® Dolce Gusto® bernilai RM50 secara percuma. Baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli produk NESCAFÉ® Dolce Gusto® di Kedai Rasmi Shopee NESCAFÉ® Dolce Gusto®. Sebagai tambahan, pelanggan yang telah menebus baucar Luno mendapat satu penyertaan untuk cabutan bertuah di mana tiga pemenang akan dipilih untuk menerima mesin kopi NESCAFÉ® Dolce Gusto® Genio 2 bernilai lebih daripada RM500. Pemenang-pemenang bertuah akan diumumkan pada 14 Oktober.
Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen Luno untuk menawarkan rakyat Malaysia sebuah platform yang mudah dan selamat untuk melabur mata wang kripto.
Ini sejajar dengan usaha syarikat untuk mendorong kesedaran dan penggunaan mata wang kripto di kalangan rakyat Malaysia dan merevolusikan cara wang dilihat dan digunakan. Di samping itu, Luno ingin menjadikan pembelian Bitcoin semudah membuat secawan kopi dan mewujudkan satu pilihan yang dapat diakses oleh pelanggan harian.
Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia, berkata,
“Kami teruja dengan kempen terbaru bersama Shopee kerana kami berharap ia dapat menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa mudahnya untuk melabur mata wang kripto dengan selamat melalui platform kami yang dikawal selia. Kerjasama kami dengan Shopee adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan kami untuk menyediakan cara inovatif untuk membeli mata wang kripto. Matlamat kami adalah untuk mengurangkan halangan masuk bagi rakyat Malaysia untuk melabur mata wang kripto, sama ada mereka pelabur pemula atau berpengalaman. Bagi mereka yang berminat untuk melabur Bitcoin, kempen ini menawarkan pengenalan yang baik ke dunia mata wang kripto sambil menikmati secawan kopi.”
TAMAT
Tentang Luno
Luno merupakan syarikat mata wang kripto global terkemuka yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik. Diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marcus Swanepoel dan Ketua Pegawai Teknologi Timothy Stranex, Luno dilancarkan pada 2013 dan telah membina pasukan hampir 400 orang, beribu pejabat di London dengan pusat serantau di Singapura dan Cape Town. Mempunyai lebih daripada 8 juta pengguna yang merangkumi lebih dari 40 negara, produk dan perkhidmatan Luno menjadikannya selamat dan senang untuk dibeli, dijual, disimpan dan mempelajari mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.
Luno telah disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk Balderton Capital, RMI, Naspers dan Venturra, sebelum baru-baru ini diambil alih oleh Digital Currency Group (DCG)
Laman Web:www.luno.com
Media Sosial:Facebook
Aplikasi Mudah Alih: Android dan iOS
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]