Mitos bitcoin yang ramai orang percaya
Luno, bursa aset digital yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, telah berkongsi lima mitos mengenai Bitcoin paling umum di sebuah sesi media maya langsung.
Mitos-mitos tersebut didasarkan pada nilai Bitcoin sebagai aset pelaburan, kesannya terhadap alam sekitar, dan penggunaannya secara umum oleh pengguna. Sesi media maya tersebut adalah sebahagian daripada usaha Luno untuk membantu rakyat Malaysia mempelajari topik mata wang kripto selepas syarikat tersebut mencapai matlamat lapan juta pelanggan di seluruh dunia. Ini menyusuli pengumuman sebelumnya pada April 2021 di mana Luno berjaya mencapai tujuh juta pelanggan dalam tujuh minggu.
Bercakap semasa sesi media maya, Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia berkata,
“Seperti mana-mana bidang pelaburan baru, mata wang kripto telah menimbulkan banyak pertanyaan daripada ramai pelabur. Pada tahun lalu, mata wang kripto seperti Bitcoin telah mengalami peningkatan populariti yang ketara. Ini adalah sesuatu yang memberangsangkan tetapi terdapat salah tanggapan mengenai Bitcoin yang menyukarkan pelabur baru untuk memahami kelas aset ini. Maklumat-maklumat yang tidak benar dapat mengakibatkan salah faham di kalangan rakyat.
Sebagai bursa aset digital terkemuka dengan lapan juta pelanggan di seluruh dunia, Luno komited untuk mendidik masyarakat tentang mata wang kripto agar mereka dilengkapi dengan pengetahuan yang menyeluruh untuk meneroka dunia mata wang kripto. Platform kami bukan hanya tempat untuk membeli dan menjual mata wang kripto dengan selamat, ia juga merupakan sumber yang baik untuk mempelajari mata wang kripto untuk sesiapa sahaja, dari pemula hingga pelabur berpengalaman. Matlamat kami adalah untuk mata wang kripto dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat kerana kami percaya ia berpotensi untuk merevolusikan cara kita menggunakan wang.”
Mitos 1: Kini sudah terlambat untuk membeli Bitcoin
Mata wang kripto adalah sebuah teknologi yang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengubah cara menggunakan wang. Bagi Bitcoin, teknologinya adalah terbuka, telus, dan berpotensi untuk memperbaiki sistem kewangan global.
Nilai sebenar Bitcoin dapat dilihat dalam penggunaan global dari masa ke masa dan dalam kaedah pembayaran, simpanan nilai, atau sebagai sebuah aset lindung nilai terhadap inflasi. Tidak lupa juga bahawa Bitcoin merupakan satu teknologi yang masih muda dengan hanya telah wujud selama lebih daripada 12 tahun.
Oleh itu, ia mempunyai potensi untuk masa depan.
Mitos 2: Kerana turun naik yang tinggi, anda tidak boleh memandang Bitcoin dengan serius
Harga Bitcoin didorong oleh permintaan terutamanya dalam jangka pendek. Permintaan ini didorong oleh orang yang memahami bagaimana bitcoin memberi manfaat kepada dunia dan percaya ia akan diterima pakai secara meluas pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, kepercayaan ini boleh berubah dalam jangka masa pendek kerana peristiwa tertentu yang mempunyai kesan sementara terhadap harga Bitcoin.
Sebagai contoh, berita negatif mempunyai potensi untuk mengakibatkan harga Bitcoin turun. Sebaliknya, berita mengenai syarikat besar yang melabur dalam Bitcoin atau menggunakannya sebagai bentuk pembayaran dapat meningkatkan harga Bitcoin.
Dalam jangka masa panjang, harga Bitcoin mengikut sejarah telah meningkat kerana kenaikan penggunaannya di kalangan pengguna dan kepercayaan berterusan oleh pengguna terhadap nilai-nilainya.
Mitos 3: Bitcoin tidak mempunyai nilai intrinsik
Wang sebagai satu konsep boleh dirumuskan kepada kepercayaan orang ramai terhadap nilainya. Tidak seperti mata wang fiat, di mana nilai dan status undang-undang ditegakkan oleh kerajaan sesebuah negara, nilai Bitcoin berasaskan kodnya, infrastrukturnya, penggunaannya, dan bekalannya yang terhad. Oleh kerana kesan ekonomi yang disebabkan oleh COVID-19, individu, institusi bahkan beberapa kerajaan memandang Bitcoin sebagai aset lindung nilai terhadap penurunan nilai mata wang fiat.
Bekalan tetap Bitcoin sebanyak 21 juta juga memberikannya kelebihan di mana harganya akan meningkat apabila permintaan naik dari semasa ke semasa setelah bekalannya menjadi terhad. Dalam masa satu tahun, kami telah melihat kenaikan harga dan capaian pasarannya telah melonjak melepasi USD1 trilion (RM4 trilion) pada Februari 2021.
Dengan lebih daripada 100 juta dompet mata wang kripto dengan baki aktif di seluruh dunia, jelas bahawa ramai individu dan syarikat melihat Bitcoin sebagai inovasi yang boleh dipercayai.
Mitos 4: Bitcoin mempunyai kesan buruk terhadap alam sekitar
Bitcoin sebenarnya hanya menggunakan sebahagian kecil daripada tenaga yang digunakan oleh sektor kewangan semasa. Selain itu, 39% perlombongan Bitcoin pada masa ini dilakukan dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan 76% pelombong Bitcoin menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian daripada gabungan sumber tenaga mereka[1], jauh lebih banyak daripada industri-industri lain. Ini kerana sumber tenaga boleh diperbaharui adalah lebih murah daripada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Pelombong Bitcoin akan pergi ke mana mereka boleh menggunakan sumber tenaga berpatutan. Oleh kerana pekerjaan mereka sangat mudah alih, mereka dapat berpindah ke kawasan-kawasan di mana sumber tenaga adalah murah dan bersih.
Bitcoin berpotensi untuk menggantikan dan menggabungkan sistem-sistem kewangan sedia ada dengan cara yang dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon.
Oleh kerana ia semakin menjimatkan tenaga dari semasa ke semasa, Bitcoin mempunyai peranan penting dalam masa depan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.
Mitos 5: Bitcoin hanya digunakan oleh penjenayah
Terdapat salah faham di kalangan masyarakat bahawa Bitcoin kebanyakannya digunakan oleh penjenayah. Ini kerana ramai orang menganggap Bitcoin bersifat “tidak dapat dikesan” (anonymous). Sebaliknya, semua transaksi Bitcoin adalah telus dan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja.
Tambahan lagi, semua urus niaga yang dicatatkan pada blok rantai (blockchain) tidak berubah dan sejarah transaksi setiap pengguna tersedia untuk dilihat dan dikesan oleh sesiapa sahaja.
Pada 2020, aktiviti haram mata wang kripto hanya mencatat 0.34%[2], lebih rendah daripada mata wang fiat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menganggarkan bahawa 2-5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) global setiap tahun berkaitan dengan kegiatan pengubahan wang haram dan aktiviti haram[3].
Secara kesimpulan, jumlah urus niaga haram adalah 400 kali lebih tinggi dalam mata wang fiat berbanding dengan mata wang kripto.
TAMAT
Tentang Luno
Luno merupakan syarikat mata wang kripto global terkemuka yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik. Diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marcus Swanepoel dan Ketua Pegawai Teknologi Timothy Stranex, Luno dilancarkan pada 2013 dan telah membina pasukan hampir 400 orang, beribu pejabat di London dengan pusat serantau di Singapura dan Cape Town.
Mempunyai lebih daripada 8 juta pengguna yang merangkumi lebih dari 40 negara, produk dan perkhidmatan Luno menjadikannya selamat dan senang untuk dibeli, dijual, disimpan dan mempelajari mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.
Luno telah disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk Balderton Capital, RMI, Naspers dan Venturra, sebelum baru-baru ini diambil alih oleh Digital Currency Group (DCG)
Laman Web: www.luno.com
Media Sosial: Facebook
Aplikasi Mudah Alih: Android dan iOS
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami seperti di bawah:
Disediakan oleh Ariff Communications | Bagi pihak Luno Malaysia |
Aizat Hazwan aizat@artofariff.com 010-226 4709 Dawn Pang dawn@artofariff.com 017-630 9193 | Aaron Tang Luno Malaysia Country Manager aaron@luno.com 012-421 6894 |
[1] Cambridge Centre for Alternative Finance, 3rd Global Cryptoasset Benchmarking Study
[2] The Chainalysis 2021 Crypto Crime Report
[3] United Nations, Office of Drugs and Crime, Money Laundering
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
