mySalam – Skim takaful perlindungan kesihatan percuma untuk orang bergaji bawah RM2,000
Takaful, memang penting. Namun, bagi mereka yang bergaji bawah RM2,000 dan ada banyak komitmen, akan terasa berat sedikit bila nak include takaful dalam list. Dengan bayar pinjaman pelajaran, sewa bilik, transportation, makan bulanan lagi. Kan?
Min ada baca tentang satu skim perlindungan kesihatan khas untuk mereka yang bergaji bawah RM2,000 oleh pihak kerajaan. Percuma pula tu. Menarik betul.
Maklumat lengkap ni Min dapat daripada mySalam. Jemput baca artikel ni sampai habis. Mana tahu kita boleh mohon.
–
Apa itu mySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.
Siapa yang layak untuk memohon?
Penerima Bantuan Sara Hidup | Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup |
---|---|
1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun; 2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun; 3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. | Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. |
Kategori BSH
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital university.
Kategori Bukan BSH
Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga layak untuk bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.
Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam.
Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Senarai 45 penyakit kritikal
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Macam mana cara nak memohon skim mySalam?
Bagi korang yang layak dan berminat untuk mendaftar skim ini, boleh klik di bawah ok?
Macam mana nak tahu layak dapat skim mySalam?
Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.
Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat.
–
Bagi yang layak, jangan tunggu lagi. Teruskan mohon skim ni.
Mana tahu, rezeki korang dapat. Yang penting, mohon dulu.
Min doakan bagi yang memohon, dapat skim mySalam ni.