12 tips melawat rumah yang anda harus lakukan sebelum beli rumah
Nak beli rumah ni memang perlukan persediaan dari segi kewangan dan juga ilmu. Ye lah, beli rumah bukannya macam kita beli kuih kat kedai.
Sebolehnya bila kita beli rumah, kita nak beli rumah yang betul. Kan?
Min ada baca panduan melawat rumah sebelum buat keputusan nak beli rumah. Menarik sangat. Panduan ni Min dapat daripada Tuan Azizul Azli Ahmad. Jemput baca sama – sama ok? Semoga bermanfaat.
–
Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut
Tips #1 : Lawatan Lebih Dari Sekali
Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.
Tips #2 : Lawatan Waktu Berbeza
Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam
Tips #3 : Lawatan Waktu Hujan
Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.
Tips #4 : Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan
Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman.
Tips #5 : Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat
Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa kena tumbuk muka semua rekod mereka ada.
Tips #6 : Matahari Petang Jatuh Dimana
Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti. Elak beli rumah yang kena matahari petang.
Tips #7 : Jangan Datang Seorang
Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila, tak nampak kelemahan yang ada.
Tips #8 : Tekanan Air Tinggi
Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.
Tips #9 : Pekerjaan Jiran Tetangga
Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada.
Tips #10 : Projek Akan Datang
Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin berharga.
Tips #11 : Jangan Kagum Rumah Contoh
Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.
Tips #12 : Bila Waktu Puncak
Ada kala waktu puncak kekediaman itu sesak teruk. Cuba datang beberapa waktu berbeza untuk lihat keadaan sekitar. Jangan lepas beli baru kita menyesal nak balik rumah susah sebab jam teruk.
Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.
– Azizul Azli Ahmad






