Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah khas untuk pemilik hartanah
Hari ni Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berkongsi tentang Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Bagi Min sangat menarik dan banyak insentif yang bagus untuk korang. Untuk artikel ni Min akan kongsikan insentif khas untuk hartanah. Jemput baca sampai habis.
Untuk merancakkan semula pasaran hartanah, beberapa insentif cukai akan disediakan:
#1 : Kempen Pemilikan Rumah diperkenalkan semula
Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula. Melalui kempen ini, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.
Pengecualian duti setem ke atas suratcara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman. Pengecualian ini akan berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10% oleh pihak pemaju
#2 : Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah
Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.
#3 : Had pembiayaan rumah ketiga tidak lagi 70%
Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600 ribu ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah, semasa tempoh program Kempen Pemilihan Rumah, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.
–
Bagi pemilik rumah, insentif begini sangat bagus untuk di grab.
Malah bagi korang yang baru nak beli rumah, ini juga berita gembira untuk korang.
Apa – apa pun, Min akan update dari semasa ke semasa untuk info terkini. Stay tuned ye.