Pengeluaran Hilang Upaya – Keluarkan KWSP ketika hilang upaya bekerja

Ketika kita masih bekerja, memang lah kita seronok.

Namun, andai kata berlaku perkara yang tak diingini, contohnya kemalangan yang menyebabkan kita hilang upaya bekerja, mestilah kita akan down. Kan?

Min tak doakan yang buruk – buruk untuk korang. Cuma Min nak kongsikan ilmu menarik hari ni.

Bagi korang yang ada KWSP, korang boleh bawa keluar KWSP korang ketika hilang upaya bekerja.

Nak tahu lebih lanjut? Baca artikel ni sampai habis. Maklumat ni Min dapat daripada KWSP.

Apa itu pengeluaran hilang upaya?

Pengeluaran Hilang Upaya membolehkan korang mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental korang terjejas sehingga menghalang untuk bekerja.

Bagi ahli yang layak, korang akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban.

Syarat – syarat permohonan

  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Di bawah umur 55 tahun
  • Ada simpanan di dalam KWSP
  • Tidak bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP. Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter.

Penafian khas

  1. KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
  2. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh di buat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

  • Kesemua simpanan di dalam KWSP

Bantuan Hilang Upaya (RM5,000)

Bagi ahli yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, bayaran Bantuan Hilang Upaya berjumlah RM5,000 akan diberikan mengikut budibicara KWSP.

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai usia 55 tahun
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan
  • Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan.

Dokumen apa yang diperlukan?

  • Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat.
  • Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
  • Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)

 Cara Pembayaran

BAYARAN DALAM NEGARABAYARAN LUAR NEGARA
Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kreditkan ke dalam akaun anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
Anda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun anda gagal
Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

Peringatan penting

1. Sahkan dokumen anda

Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP).

2. Pastikan bank panel anda

Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli.

3. Hantar ke KWSP

Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

Macam mana? Dah faham tentang pengeluaran hilang upaya ni?

Min harap dengan perkongsian ni boleh memberi ilmu yang bermanfaat untuk korang.

Kalau korang rasa artikel ni best, boleh SHARE kat kenalan korang supaya mereka pun tahu tentang ni.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *