|

Permintaan Pengguna terhadap Pembayaran Masa Nyata Meningkat di Malaysia berikutan Pandemik Merancakkan Pendigitalan Pembayaran – Penemuan Kajian ACI Worlwide Terbaharu

  • Hampir separuh (45%) daripada pengguna di Malaysia kini menggunakan kaedah pembayaran masa nyata seperti DuitNow secara lebih kerap berbanding dengan sebelum pandemik COVID-19, dan satu pertiga (32%) daripada pengguna Malaysia telah mengurangkan penggunaan kaedah pembayaran tradisional seperti wang tunai, kad kredit dan kad debit sejak bermulanya penularan COVID-19. 
  • Lebih separuh daripada pengguna (52%) memilih kaedah pembayaran masa nyata untuk pembayaran pada tahun 2021.
  • Permintaan pengguna yang kukuh terhadap pembayaran masa nyata membuktikan keperluan mendesak terhadap pemodenan pembayaran merentas Asia Tenggara dan menandakan kemunculan ekosistem pembayaran rentas sempadan, masa nyata serantau.  

KUALA LUMPUR – 7 Julai, 2021 – Permintaan pengguna terhadap pembayaran masa nyata sedang meningkat di Malaysia berikutan pandemik merancakkan pendigitalan pembayaran, menurut kajian baharu oleh ACI Worldwide (NASDAQ: ACIW) dan YouGov. Lebih separuh daripada pengguna (52%) di Malaysia memilih kaedah pembayaran masa nyata seperti DuitNow sebagai kaedah pembayaran pilihan pada tahun 2021, hanya ketinggalan di belakang wang tunai (62%) dan dompet digital yang memerlukan penambahan wang tunai atau kad (62%).

Peralihan kepada pembayaran masa nyata ini telah dipacu dengan pesat oleh keperluan dan pilihan pembayaran yang sentiasa berubah disebabkan oleh pandemik COVID-19. Satu pertiga (32%) daripada pengguna di Malaysia telah mengurangkan penggunaan kaedah pembayaran tradisional seperti wang tunai, kad kredit dan kad debit sejak bermulanya penularan COVID-19.  Hasilnya, hampir separuh (45%) daripada pengguna kini lebih banyak menggunakan pembayaran masa nyata berbanding dengan tempoh sebelum berlakunya pandemik.  

Berikutan perubahan teknologi yang pesat, para pengguna kini menjangkakan pengalaman mendahulukan peranti mudah-alih (mobile-first) dan masa nyata.  Namun, pembayaran sering mengalami kelewatan. Pembangunan sistem pembayaran masa nyata akan membolehkan pengguna, peniaga dan institusi kewangan untuk membayar rakan dan pengguna, menyelesaikan bil dan memindahkan wang secara serta-merta.  Walaupun wang tunai sering mewakili mod pembayaran “serta-merta”, kemunculan landasan pembayaran masa nyata membawakan konsep ini ke dalam era digital dengan tempoh penyelesaian lebih pantas, pemakluman dan penyatuan pelaporan.

“Peralihan asas dalam permintaan pengguna dan jangkaan pembayaran menampilkan cabaran kepada bank-bank, institusi kewangan dan peniaga Asia Tenggara,” kata Leslie Choo, Pengarah Urusan Asia, ACI Worldwide.

“Organisasi-organisasi ini tidak mampu menangguhkan projek pemodenan mereka, meskipun COVID-19 mencetuskan cabaran. Sebaliknya, mereka boleh memacu pertumbuhan dengan menyertai ekosistem pembayaran masa nyata serantau yang sedang pesat membangun, yang akan mempertingkatkan keupayaan mereka untuk melaksanakan inovasi dan transformasi dan pada masa yang sama mengurangkan kos infrastruktur dan operasi.”

Kajian ACI Worldwide dan YouGov juga menunjukkan bagaimana para pengguna di Malaysia menjangkakan manfaat daripada penggunaan pembayaran masa nyata pada peringkat domestik diperluas merentas sempadan apabila mereka kembali melakukan perjalanan pada peringkat antarabangsa, dan juga apabila mereka membeli-belah merentas sempadan. Bagi perjalanan antarabangsa pada masa depan, pengguna telah meningkatkan jangkaan mereka terhadap ketelusan, keselamatan dan keselesaan pembayaran mereka berbanding dengan pengalaman perjalanan mereka dalam tempoh sebelum COVID-19: 

  • Hampir separuh (49%) daripada pengguna Malaysia yang melakukan perjalanan antarabangsa pada masa lalu mengharapkan penggunaan kaedah pembayaran masa nyata mereka meningkat apabila melakukan perjalanan pada masa depan. 
  • Sejumlah 70 peratus menyatakan bahawa keupayaan mereka untuk menggunakan pilihan pembayaran pilihan mereka semasa melakukan perjalanan ke luar negeri adalah lebih penting sekarang. Oleh yang demikian, satu perempat (25%) menjangkakan penggunaan kaedah pembayaran tradisional seperti wang tunai akan berkurang apabila mereka melakukan perjalanan lagi pada masa hadapan. 
  • Tiga perempat  (76%) menyatakan bahawa keselamatan pembayaran dan pencegahan penipuan kini akan menjadi lebih penting, manakala dua pertiga (67%) menyatakan bahawa ketelusan kadar pertukaran kini adalah lebih penting.    

Meskipun jumlah pengguna Malaysia yang membuat pembelian eDagang antarabangsa telah meningkat sepanjang tahun lepas, para pengguna kini mengharapkan jaminan lanjut tentang pembayaran bagi menggalakkan mereka membuat lebih pembelian pada masa hadapan:

  • Satu perempat (25%) daripada pengguna membeli-belah dengan peniaga yang berpangkalan di negara-negara Asia Tenggara lain sejak bermulanya pandemik, manakala sejumlah yang sama (23%) membeli-belah di kedai-kedai di luar Asia Tenggara.
  • Faktor paling lazim yang menggalakkan para pembeli ini untuk membeli produk dan perkhidmatan dengan lebih kerap daripada penjual antarabangsa ialah: 
    • Jaminan bahawa bayaran dan data peribadi dipindahkan dengan selamat, terjamin dan disimpan oleh penjual antarabangsa (36%)
    • Keupayaan untuk membayar menggunakan kaedah pembayaran domestik pilihan (24%)
    • Mempunyai pelbagai pilihan pembayaran berbanding dengan yang tersedia pada masa ini (24%)

“Tumpuan terhadap pemodenan pembayaran adalah penting bagi institusi kewangan yang ingin meraih kelebihan daripada trend pembayaran serantau terbesar dan paling transformatif, merangkumi kemunculan ekosistem pembayaran rentas sempadan, masa nyata,” jelas Choo.

“Tanpa dihalang oleh sistem pembayaran legasi yang boleh menjejaskan inovasi dalam pasaran matang, negara-negara di Asia Tenggara boleh memanfaatkan infrastruktur pembayaran pusat yang mantap sebagai asas kepada pembayaran rentas sempadan masa nyata, yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan perdagangan pada tahun-tahun yang akan datang.”

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan pembayaran masa nyata pengguna, dan bagaimana institusi kewangan dan peniaga di Asia Tenggara boleh menjadi sedia masa nyata dalam laporan kajian penuh ACI Worldwide: Real-Time Goes Mainstream.

Metodologi:

Kajian YouGov dilaksanakan pada bulan April 2021 menurut asas perwakilan negara merentas pengguna Indonesia (2,000 pengguna), Thailand (2,000 pengguna), Singapura (1,000 pengguna), dan Malaysia (1,000).

###

Mengenai ACI Worldwide

ACI Worldwide ialah syarikat perisian global yang menawarkan penyelesaian pembayaran masa nyata. Pelanggan kami menggunakan penyelesaian berkesan, berskala dan terjamin kami untuk memproses dan mengurus pembayaran digital, membolehkan pembayaran omni-dagang, memapar dan memproses pembayaran bil, serta menangani penipuan dan risiko. Kami menggabungkan jejak global yang luas bersama pasukan tempatan untuk memacu transformasi pembayaran dan dagangan digital masa nyata.

Perhubungan Media

Archetype Malaysia

Yi Qing Chan / Yasmeen Kaoosji

© Hakcipta Terpelihara ACI Worldwide, Inc. 2021

ACI, ACI Worldwide, ACI Payments, Inc., ACI Pay, Speedpay dan semua produk/nama penyelesaian ACI adalah tanda dagangan atau tanda dagangan yang didaftarkan oleh ACI Worldwide, Inc., atau anak syarikatnya, di Amerika Syarikat, negara lain atau kedua-duanya. Tanda dagangan pihak lain yang dirujuk adalah hak milik syarikat tersebut.

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *