Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi pemohon berstatus muflis / disenarai hitam
Kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar pandangan rakyat dalam memastikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dinikmati oleh semua penerima yang layak dan tiada yang tertinggal.
Sehubungan itu kerajaan memutuskan bahawa pemohon yang layak menerima BPN tetapi berstatus muflis / disenarai hitam, turut boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/.
Permohonan ini boleh dibuat mulai 6 April 2020. Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bagi permohonan yang lulus bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
Kerajaan berharap BPN ini benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukannya dan ia dibelanjakan secara berhemah.
Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
- Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000;
- HASiL Live Chat;
- Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
- Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial