|

Permohonan moratorium Affin Bank cepat dan mudah

Affin Bank Bhd memberi jaminan proses permohonan moratorium yang ditawarkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) lebih cepat dan mudah.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, berkata institusi perbankan itu akan mempercepatkan proses permohonan serta akan memberi maklumat lanjut kepada pelanggan dalam lima hari bagi pelanggan individu dan 14 hari untuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Bagi moratorium yang ditawarkan ini di bawah pakej PEMULIH oleh kerajaan, pelanggan boleh menjangkakan proses permohonan yang cepat dan mudah di mana mereka tidak perlu memberikan dokumen sokongan.

“Pihak kami memahami betapa pentingnya moratorium ini bagi pelanggan yang terjejas akibat keadaan pandemik COVID-19 dan kami akan mempercepatkan proses permohonan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selaras dengan pengumuman terbaharu oleh kerajaan mengenai PEMULIH, Affin Bank mengalu-alukan pelanggannya yang memerlukan bantuan kewangan akibat keadaan pandemik COVID-19 untuk membuat permohonan moratorium selama enam bulan bermula hari ini.

Menurut AFFIN Bank, pelanggan daripada kategori individu/runcit (B40, M40 dan T20), perusahaan mikro dan PKS boleh membuat permohonan untuk penangguhan pembayaran ansuran bagi semua kemudahan kredit dengan bank kecuali kad kredit untuk jangka masa selama enam bulan.

“Pelanggan yang layak akan diberikan kelulusan automatik bagi permohonan mereka dan mereka tidak perlu bimbang tentang implikasi pada profil kredit pada masa hadapan kerana rekod kredit tidak akan terjejas.

“Pelanggan boleh memohon untuk moratorium melalui platform Perbankan Internet Runcit (affinOnline) di www.affinonline.com, mengunjungi mana-mana cawangan AFFIN BANK dan dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank di talian 03-8230-2222.

“Permohonan moratorium ini tidak akan memberi kesan negatif terhadap laporan kredit pelanggan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),” katanya.

Sementara itu, Wan Razly Abdullah berkata, Affin Bank juga mengambil pelbagai langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan dan tidak akan melantik atau membabitkan pihak ketiga atau ejen untuk moratorium itu.

“Sekiranya pelanggan mempunyai pertanyaan lebih lanjut mengenai transaksi perbankan mereka, mereka boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 03-82302222 atau e-mel yourvoice@affinbank.com.my.

“Para pelanggan juga boleh menghubungi pihak Bank melalui Facebook di https://www.facebook.com/AffinMy,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *