|

RHB Bank mula tawarkan moratorium kepada yang terjejas

RHB Banking Group (RHB) menawarkan pilihan antara penangguhan ansuran enam bulan atas kemudahan pinjaman/pembiayaan atau pengurangan ansuran 50 peratus selama enam bulan selaras dengan penawaran moratorium yang diumumkan kerajaan.

RHB dalam satu kenyataan, berkata di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), semua peminjam individu, termasuk dari kategori B40, M40, dan T20 serta perusahaan mikro, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas oleh COVID-19 layak memohon.

“Ia tertakluk kepada pinjaman/pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari dari tarikh permohonan dikemukakan. Tiada dokumen sokongan diperlukan untuk proses permohonan dan kelulusan automatik.

“Pelanggan hanya perlu mengemukakan permohonan menerusi e-Borang yang boleh didapati dalam laman web korporat RHB atau membalas pesanan khidmat ringkas (SMS) dua hala yang dihantar,” katanya.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata bank akan terus menyediakan bantuan kepada pelanggan yang terkesan dengan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi Program Bantuan Pembayaran/ Bayaran Balik PEMULIH.

“Ini adalah untuk memastikan pelanggan terjejas menerima bantuan secepat mungkin. Pelanggan boleh menghantar permohonan bermula hari ini,” katanya.

Khairussaleh berkata, bagi memudahkan pelanggan individu, RHB akan menghantar SMS 2-hala khas bagi menjemput pelanggan memohon.

“Pelanggan hanya perlu membaca Terma dan Syarat, dan selepas itu membalas SMS untuk memohon. E-mel juga akan dihantar kepada pelanggan mikro dan PKS kami dengan pautan mudah ke e-Borang untuk memudahkan proses permohonan mereka,” katanya.

Setakat 30 Jun lalu, RHB telah meningkatkan pelbagai bentuk bantuan pembayaran kepada pelanggan runcit dan PKS berjumlah kira-kira RM34.4 bilion yang dimanfaatkan lebih 240,000 individu dan lebih 4,700 PKS sejak bermulanya pandemik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Pembayaran/ Bayaran Balik PEMULIH, ia boleh didapati laman web korporat RHB di  www.rhbgroup.com.

Sumber : Berita Harian

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *