Robo – advisor yang mana satu patut korang pilih? Wahed Invest, StashAway atau MyTHEO?
Pelaburan.
Salah satu topik yang banyak dibincangkan.
“Kat mana patut saya melabur?”
Soalan biasa yang Min biasa dengar.
Ada pelbagai platform pelaburan yang kita boleh pilih. Antaranya adalah unit trust, saham, asb financing, hartanah dan yang terbaru adalah robo – advisor.
Apa itu robo – advisor?
Robo Advisor adalah satu digital platform yang menggunakan algorithms untuk automate portfolio pelaburan korang. Secara automatik, portfolio pelaburan korang dibina berdasarkan risk tolerance dan matlamat pelaburan korang.
Dari pembukaan akaun, pemprosesan dan pengesahan dokumen, penerimaan dana dan pengurusan portfolio diuruskan dengan bantuan algorithm.
Kebiasaannya, robo advisor menggunakan duit korang untuk melabur di dalam exchange – traded funds (ETFs) iaitu kumpulan saham, bon atau pelaburan lain.
Namun begitu, setiap robo advisor ada metodologi pelaburan masing – masing. Allocation portfolio pelaburan korang akan berbeza berdasarkan robo advisor yang mana satu korang pilih.
Apa kelebihan melabur menggunakan robo advisor?
Kelebihan #1 : Menjimatkan masa
Kalau korang tak ada banyak masa untuk buat research, monitor dan rebalancing portfolio pelaburan, korang boleh pilih untuk melabur menggunakan robo advisor.
Kelebihan #2 : Diversify pelaburan
“Dont put all egg in one basket”
Dalam pelaburan, penting untuk kita diversify pelaburan kita dan tidak tertumpu kepada satu pelaburan je. Robo – advisor merupakan salah satu platform yang baik untuk kita kembangkan portfolio yang kita ada.
Kelebihan #3 : Fee yang berpatutan
Yuran pengurusan robo advisor biasanya kurang daripada 1% setahun. Kalau korang melabur di unit trust, korang kena bayar 0.5% hingga 2.5% setahun. Sesetengah fund unit amanah juga mengenakan caj sehingga 5% dalam sales charge, dan 5% lagi apabila korang tebus nilai pelaburan.
Tiga (3) platform robo advisor yang ada di Malaysia
Setakat ni, ada tiga (3) platform robo advisor yang ada di Malaysia iaitu MyTHEO, StashAway dan Wahed Invest.
Berikut adalah perbezaan di antara ketiga-tiga platform robo advisor tersebut:
Platform | Launched | Methodology | Min initial investment | Fees per annum |
MyTHEO | 2019 | Menggunakan algoritma proprietari untuk membuat portfolioyang menggabungkan pelaburan berasaskan risiko dan “beta pintar” | RM100 | 0.5% – 1% |
StashAway | 2018 | Menggunakan strategi pelaburan proprietariyang bertindak balas terhadap fundamental ekonomi | RM0 | 0.2% – 0.8% |
Wahed Invest | 2019 | Mengoptimumkan portfolio pelabur dengan pelaburan patuh Syariah menggunakan teori portfolio moden | RM100 | 0.39% – 0.79% |
Perbandingan antara fee robo advisor
Portfolio size | RM10,000 | RM50,000 | RM100,000 | RM1,000,000 |
Wahed Invest | RM79 (0.79%) | RM395 (0.79%) | RM790 (0.79%) | RM3,900 (0.39%) |
StashAway | RM80 (0.8%) | RM400 (0.8%) | RM700 (0.7%) | RM4,000 (0.4%) |
MyTHEO | RM100 (1%) | RM450 (0.9%) | RM900 (0.9%) | RM6,000 (0.6%) |
Portfolio allocation
Min sediakan case study untuk korang lebih faham setiap platform robo advisor.
Wahed Invest (“Aggressive” portfolio)
Type | Name | Allocation |
Malaysian stocks | MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend | 16.92% |
US stocks | MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 | 45.97% |
Sukuk | RHB Islamic Bond Fund | 24.58% |
Gold | TradePlus Shariah Gold Tracker | 10.13% |
Cash | – | 2.39% |
Wahed Invest adalah satu – satunya robo advisor yang merupakan patuh syariah.
Berdasarkan jadual di atas, aggresive portfolio di dalam Wahed Invest mempunyai exposure yang besar (45.97%) kepada pasaran saham AS.
Daripada segi pelaburan saham, Wahed Invest tidak memilih saham individu sebaliknya mereka memilih untuk melabur melalui exchange-traded fund (ETF).
StashAway (Highest-risk growth portfolio)
Type | Name | Allocation |
Equity sectors (US stocks) | iShares Core S&P Small-Cap (IJR) | 15% |
The Communication Services Select Sector SPDR® Fund Communication (XLC) | 9% | |
The Energy Select Sector SPDR® Fund (XLE) | 3% | |
The Technology Select Sector SPDR® Fund (XLK) | 15% | |
The Health Care Select Sector SPDR® Fund (XLV) | 15% | |
The Consumer Discretionary Select Sector SPDR® Fund (XLY) | 15% | |
International equities | iShares Core S&P 500 ETF (IVV) | 15% |
Vanguard FTSE Europe ETF (VGK) | 12% | |
Cash (USD) | – | 1% |
Highest-risk growth portfolio dalam StashAway hampir keseluruhannya terdiri daripada ekuiti. Sebahagian besar (iaitu sebanyak 86.5%) adalah terdiri daripada US stocks. Ini boleh jadi bagus untuk para pelabur kerana bursa saham Amerika Syarikat adalah pasaran saham utama yang terbaik di dunia.
Namun, korang akan bergantung kepada pertumbuhan ekonomi US daripada spread risiko korang secara global.
MyTHEO (“Growth” portfolio)
Type | Name | Allocation |
India Equity | WisdomTree India Earnings ETF | 4.99% |
Miscellaneous Region | iShares MSCI Australia ETF | 3.74% |
Miscellaneous Region | iShares MSCI Canada ETF | 6.77% |
Japan Stock | iShares MSCI Japan ETF | 16.08% |
Miscellaneous Region | iShares MSCI Singapore Capped ETF | 4.78% |
Miscellaneous Region | iShares MSCI United Kingdom ETF | 14.88% |
Diversified Emerging Mkts | iShares MSCI Frontier 100 ETF | 4.99% |
Small Value | iShares Russell 2000 Value ETF | 4.11% |
Mid-Cap Value | iShares Russell Mid-Cap Value ETF | 19.87% |
Large Value | Vanguard Value ETF | 19.66% |
Cash | – | 0.12% |
Growth portfolio di bawah MyTHEO juga terdiri daripada ekuiti. 43.5% dilaburkan kepada saham US manakala 56% dilaburkan kepada international stocks.
Seperti jadual di atas, kita boleh lihat specific region untuk pelaburan contohnya 16.08% dilaburkan kepada ekuiti Jepun, 6.77% ekuiti Kanada dan 4.99% kepada ekuiti India.
Ada pelbagai pelaburan di tempat yang berbeza boleh membantu korang jika ekonomi AS tidak memberangsangkan.
Robo – advisor yang mana satu pilihan min?
Personally, Min lebih memilih Wahed Invest berbanding robo advisor yang lain. Faktor utama adalah kerana ia robo advisor patuh syariah pertama di Malaysia.
Cara-cara mula melabur di Wahed Invest
1. Pertama sekali, korang kena install apps Wahed Invest (ada untuk IOS dan juga Android)
- Klik untuk download Wahed Invest daripada App Store
- Klik untuk download Wahed Invest daripada Google Play Store
2. Kemudian, buka apps dan masukkan emel untuk mulakan proses buka akaun.
- Bina password sekurang-kurangnyanya 8 karakter. Wajib ada karakter unik, nombor, huruf besar dan kecil.
- Masukkan promo kod saya sitmoh48
- Tunggu emel dan klik link untuk mengesahkan emel korang
3. Kenalpasti profil risiko peribadi
Wahed Invest akan mengenal pasti profil risiko korang sebagai seorang pelabur. Jawab soalan yang diberikan sebaiknya tau?
Ada 8 soalan kesemuanya. Jawapan yang diberikan akan menentukan bagaimana robo-advisor akan melaburkan duit korang. Ada 6 kemungkinan portfolio yang ada:
- Very aggressive
- Aggressive
- Moderately aggressive
- Moderate
- Moderately conservative
- Very conservative
4. Selepas itu, korang akan mula membuka akaun pelaburan. Maklumat yang diperlukan:
- Nama seperti dalam kad pengenalan
- Alamat rumah
- Kod referral (jika ada) [Masukkan promo kod saya sitmoh48]
5. Proses e-Know Your Customer (e-KYC)
- Dalam proses e-KYC ni kena upload gambar kad pengenalan sebagai bukti bahawa identiti korang adalah ‘real’ dan bukan rekaan.
- Korang juga perlu ‘selfie’ untuk pengesahan.
6. Tetapkan berapa modal pelaburan untuk bermula
Tetapkan berapa modal pelaburan yang korang nak letakkan dalam Wahed Invest. Boleh mula dengan modal serendah RM100.
Info penting : Jumlah yang dilaburkan dalam Wahed Invest tidak dilindungi sepertimana pelaburan dalam ASB.
Ada dua cara untuk memasukkan duit ke dalam Wahed Invest:
- Instant pay (FPX)
- Wire transfer
7. Selepas semua proses ni siap, sekarang hanya perlu tunggu sahaja disahkan dana pelaburan korang.
Senang bukan?
–
Jika korang berminat untuk mencuba melabur dalam Wahed Invest, jangan lupa masukkan promo kod saya iaitu sitmoh48.