Senarai dokumen pinjaman perumahan yang anda harus tahu

Salah satu perkara penting yang anda harus alert bila nak beli rumah adalah apa dokumen yang perlu ada bila nak mohon pinjaman perumahan.

Dah berkenan dah nak beli rumah, kena pastikan layak apply loan rumah tau.

Apa je dokumen yang kena sediakan bila nak mohon pinjaman perumahan ni?

Kalau anda serius nak tahu, jemput baca artikel yang Min dapat daripada PropertyGuru ni sekarang. Semoga bermanfaat!

Proses permohonan pinjaman untuk membeli rumah seringkali kelihatan sukar pada mereka yang tak ada pengalaman atau bimbingan.

Bagaimanapun, proses permohonan pinjaman di Malaysia adalah sangat mudah, sama ada anda bekerja di Malaysia ataupun luar negara.

Sebelum ni, panduan membeli rumah kami pernah membincangkan tentang merancang bajet pembelian rumah anda, memilih jenis rumah yang sesuai, dan menandatangani dokumen pembelian rumah.

Panduan ni pulak akan meliputi dokumen-dokumen perundangan yang diperlukan untuk hartanah kediaman, dan sama ada anda membeli unit baru daripada pemaju ataupun subsale, syarat-syaratnya adalah sama.

Sekarang, langkah pertama untuk mendapatkan pinjaman adalah anda perlu memohonnya terlebih dulu (obviously lah).

Pembeli seharusnya memilih bank yang menawarkan kadar faedah terendah kepada mereka, di mana ia akan mempengaruhi jumlah keseluruhan pembayaran mereka dalam jangka masa panjang.

Setelah memilih bank yang menawarkan kadar faedah terbaik, langkah seterusnya yang perlu dilakukan ialah menyiapkan dokumen yang diperlukan.

Ingin lebih jaminan untuk mendapatkan pinjaman perumahan untuk rumah baru anda? Lihatlah PropertyGuru Loan Pre-Approval kami di sini, dengan kadar ketepatan 99%.

1) Menyediakan Dokumen Yang Diperlukan

Walaupun dokumen yang diperlukan semuanya hampir sama, namun ianya berbeza bergantung sama ada anda seorang yang makan gaji, bekerja sendiri, mempunyai bisnes sendiri, ataupun bekerja di luar negara.

Berikut adalah senarai lengkap dokumen yang perlu disediakan oleh seseorang individu apabila ingin membeli hartanah di Malaysia, sama ada warganegara Malaysia atau warga asing.

1.1 Rakyat Malaysia Bekerja Di Malaysia – Pekerja

Pekerja Malaysia hanya perlu sediakan dokumen peribadi untuk menunjukkan kelayakan kredit mereka, sama ada mereka berpendapatan tetap atau berdasarkan komisen.

  • Kad Pengenalan (salinan)
  • Borang Tempahan Pembelian Rumah
  • Surat Perjanjian Jual Beli Vendor / Hakmilik (salinan) / Surat Perjanjian Jual Beli Baru
  • Slip gaji untuk 3 bulan terkini (untuk Gaji Pokok) / Penyata gaji terkini untuk 6 bulan (untuk Gaji Pokok + Komisen)
  • Penyata akaun bank untuk 3 bulan terkini (untuk Gaji Dasar) / Slip gaji terkini untuk 6 bulan (untuk Gaji Pokok + Komisen) yang menunjukkan gaji anda dikreditkan mengikut slip gaji
  • Borang EA terkini
  • Penyataan KWSP terkini
  • Cukai Pendapatan – Borang B / BE terkini dengan bukti penerimaan pembayaran
  • Penyata deposit seperti Deposit Tetap, ASB atau Bon (jika ada) – untuk menunjukkan anda mempunyai dana kecemasan yang cukup kuat

1.2 Rakyat Malaysia Bekerja Di Malaysia – Bekerja Sendiri

Biasanya, individu yang bekerja sendiri adalah mereka yang menjalankan perniagaan mereka sendiri. Individu ini juga perlu tunjukkan bukti kelayakan kredit mereka.

  • Kad Pengenalan (salinan)
  • Borang Tempahan Pembelian Rumah
  • Surat Perjanjian Jual Beli Vendor / Pegangan (salinan) / Surat Perjanjian Jual Beli Baru
  • Penyata Bank Syarikat terkini untuk 6 bulan
  • Penyata Bank Peribadi terkini untuk 6 bulan
  • Penyata deposit seperti Deposit Tetap, ASB atau Bon (jika ada) – untuk menunjukkan anda mempunyai dana kecemasan yang cukup kuat
  • Pendaftaran perniagaan

2) Kenali Terma-Terma Hartanah

Setelah mengemukakan permohonan pinjaman anda ke bank pilihan, langkah seterusnya adalah untuk menunggu Surat Tawaran.

Kebiasaanya, ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu. Antara beberapa istilah lebih teknikal yang akan dihadapi oleh pembeli (dan mereka harus tahu terlebih dulu!) adalah seperti di bawah:

2.1 Jenis Pinjaman

Terdapat beberapa jenis pinjaman gadai janji, bergantung kepada keperluan anda.

Ada Pinjaman Perumahan Standard, Pinjaman Perumahan Fleksi, Pakej Pinjaman Perumahan / Peribadi, dan Pinjaman Perumahan Islamik.

  • Pinjaman Perumahan Standard

Sesuai dengan namanya, Pinjaman Perumahan Standard adalah sejenis pinjaman yang paling biasa terdapat di pasaran. Kadar faedah pinjaman dikira berdasarkan kadar faedah tetap atau terapung.

Kelebihan kadar faedah tetap adalah peminjam tak akan dipengaruhi oleh turun naik pasaran; namun, kadar faedah terapung juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Sebagai contoh, jika kadar pasaran menurun, kadar faedah juga akan berkurangan.

Pinjaman Perumahan Fleksi merupakan kegemaran mereka yang mempunyai lebihan wang tunai. Individu ni boleh memilih untuk memasukkan wang tunai tambahan ke dalam akaun pinjaman gadai janji mereka, di mana ia akan mengurangkan kadar faedah mereka.

Walau bagaimanapun, wang tunai boleh dikeluarkan untuk waktu tertentu, yang memberi mereka fleksibiliti untuk menggunakan dana yang mereka inginkan – kerana itulah, ia dinamakan Pinjaman Perumahan Fleksi.

Pinjaman Perumahan Islamik adalah serupa dengan Pinjaman Perumahan Standard, kecuali ia menggunakan Kadar Pinjaman Asas (BFR) untuk menentukan berapa banyak pendapatan akan bank perolehi daripada pinjaman tersebut.

2.2 Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman yang dinyatakan dalam Surat Tawaran adalah sangat penting. Ini kerana ia akan menyatakan berapa banyak pinjaman yang layak diperolehi oleh pembeli daripada institusi kewangan.

Baki selebihnya untuk rumah terbabit perlu diselesaikan oleh pembeli.

2.3 Tujuan Pinjaman

Surat Tawaran juga akan menyatakan tujuan pinjaman, yang mana dalam hal ini, pinjaman tersebut adalah bertujuan untuk pembelian rumah.

2.4 Butiran Hartanah

Surat Tawaran juga akan menyatakan semua maklumat relevan hartanah yang dibeli oleh pembeli, sama ada rumah teres setingkat, rumah setingkat superlink, atau sebagainya.

Butiran hartanah akan dinyatakan secara terperinci, termasuk keluasan tanah dan ukuran rumah.

2.5 Tempoh

Tempoh masa paling lama untuk pinjaman perumahan adalah 35 tahun. Surat Tawaran akan menyatakan berapa lama tempoh pembayaran yang diberi kepada pembeli untuk mereka membuat pembayaran.

Semakin pendek tempoh pinjaman, semakin tinggi bayaran bulanan, dan begitulah sebaliknya.

3) Pemprosesan/Menyiapkan Bayaran

Seperti semua dokumen perundangan lain, pinjaman bank juga memerlukan yuran pemprosesan yang juga dikenali sebagai yuran penyediaan (set-up fee).

Surat Tawaran akan menyatakan dengan jelas jumlah bayaran yang akan dikenakan untuk menyediakan pinjaman.

3.1 Caj Perkhidmatan Bulanan

Bank juga akan mengenakan sedikit bayaran bulanan, yang dikenali sebagai Caj Perkhidmatan Bulanan (amaun ini biasanya tak tinggi sangat!).

3.2 Faedah Dan Pembayaran Balik

Juga dinyatakan dengan jelas dalam Surat Tawaran tentang jadual pembayaran, dan kadar faedah yang harus dibayar oleh pelanggan.

3.3 Ansuran

Bayaran ansuran adalah bayaran bulanan tetap yang perlu dibayar oleh peminjam kepada bank. Kalau terlepas ni terlalu banyak kali, boleh kena diblacklist tau.

4) Dokumen Sekuriti

Untuk rumah kediaman dengan pegangan hakmilik, dokumen sekuriti yang perlu disertakan adalah Lampiran Gadaian, Perjanjian Kemudahan, dan Caj Instrumen dalam Borang 16A.

Sementara itu, rumah tanpa hakmilik akan memerlukan dokumen sekuriti yang terdiri daripada Surat Kuasa, Surat Ikatan Penyerahan Hak dan Perjanjian Kemudahan.

Sebagai ganti kepada latar belakang kewangan yang lemah, bank mungkin akan memerlukan dokumen sekuriti tambahan.

Antara contoh dokumen tambahan tersebut termasuklah bukti bayaran sewa, seorang penjamin, atau caj ke atas deposit tetap.

5) Pra-Bayaran

Ini berlaku apabila peminjam membuat lebihan pembayaran. Surat Tawaran akan menyatakan apa manfaat yang diperolehi daripada lebihan bayaran itu.

Biasanya untuk Pinjaman Perumahan Fleksi, kadar faedah rumah akan menurun dengan sewajarnya.

Untuk Pinjaman Perumahan Standard, peminjam perlu memeriksa sama ada mereka berhak mendapat sebarang faedah sekiranya menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan pinjaman mereka dengan lebih awal.

6) MRTA/MLTA

Kedua-duanya merupakan di antara insurans perumahan yang paling biasa. Jika mahu, peminjam boleh memilih untuk menjadikannya sebahagian daripada pinjaman gadai janji mereka

Sekiranya dipohon melalui bank, Surat Tawaran akan menyatakan jumlah dan kelayakan.

Syarat-syarat di atas adalah di antara istilah yang paling biasa digunakan dalam Surat Tawaran, dan ia juga merupakan istilah yang harus diperhatikan oleh pembeli rumah ketika meneliti terma dan syarat-syarat Surat Tawaran mereka.

Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *