Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) – Skim kesihatan khas untuk golongan B40
Khas untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berusia 40 tahun dan ke atas, ada satu skim kesihatan dikenali sebagai skim peduli kesihatan atau lebih dikenali sebagai PeKa B40 untuk korang.
Apa benda skim ni dan apa manfaat yang bakal diterima?
Jom baca artikel ni sampai habis.
Maklumat ni Min dapat daripada PeKa B40.
–
Apa itu Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40)?
Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
PeKa B40 diwujudkan atas fakta-fakta berikut:
- Beban Penyakit Tidak Berjangkit
47.6% kumpulan B40 berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
- Kesihatan Mental
3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
- Beban Kanser
Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah
- Rawatan Kanser
Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.
- Kos Alat Perubatan
Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
- Masalah Pengangkutan
Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.
Konsep PeKa B40
- RM100 juta diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 untuk PeKa B40.
- Bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan.
- Ianya adalah percuma kepada penerima PeKa B40.
- Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
- Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.
Kriteria Kelayakan
Penyertaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 40 tahun dan ke atas. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Dalam skim Peka B40, ada 4 manfaat iaitu:
Manfaat #1: Saringan Kesihatan
Manfaat #2: Bantuan Alat Perubatan
Manfaat #3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
Manfaat #4: Insentif Tambang Pengangkutan
Senarai klinik PeKa B40
Untuk penerima skim PeKa B40, korang boleh rujuk senarai klinik PeKa B40 untuk tahu klinik terdekat.
Klik link di bawah untuk tengok lebih lanjut