Soalan – soalan lazim tentang PRIHATIN Tambahan Program Subsidi Upah

Soalan #1 : Apakah Program Subsidi Upah?

Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Soalan #2 : Bilakah Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa dan bila ia berakhir?

  • Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
  • Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.
  • Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15 September 2020.

Soalan #3 : Apakah penambahbaikan Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020?

Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Progam Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020. Penambahbaikan Program Subsidi Upah adalah seperti di Jadual 1 berikut:

JADUAL 1: PENAMBAHBAIKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (6 April 2020)

Soalan #4 : Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon Program Subsidi Upah?

  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020;
  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO;
  • Pekerja yang telah mendapat bantuan kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) pada bulan yang sama;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; serta
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).

Soalan #5 : Bagi permohonan Program Subsidi Upah, apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Program Subsidi Upah ialah:

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
  • Maklumat akaun bank majikan (Salinan muka depan Penyata Bank sahaja);
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas. Sila rujuk pihak bank;
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan;
  • Akuan Pengisytiharan PSU50; dan
  • **Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan.

**Nota: Dokumen sokongan bagi perusahaan bersaiz 76 orang pekerja dan ke atas

Soalan #6 : Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank?

  • Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
  • Majikan perlu mengisi Borang BRN yang perlu dimuat turun dari capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan memuat-naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.
  • Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).

Soalan #7 : Apakah Akuan Pengisytiharan PSU50?

Akuan Pengisytiharan PSU50 ialah suatu dokumen pengesahan dan akujanji secara bertulis bahawa majikan mengesahkan atau mengisytihar perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan Program Subsidi Upah.

Soalan #8 : Kenapakah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak diliputi di bawah Program Subsidi Upah walaupun membuat caruman bulanan PERKESO?

Program Subsidi Upah adalah peruntukan daripada Kerajaan yang disalurkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis COVID-19 untuk meneruskan pengoperasian dan mengekalkan pekerja mereka. Program ini juga adalah untuk lebih membantu pekerja dalam golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Soalan #9 : Bagi permohonan Program Subsidi Upah bulan berikutnya, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang seterusnya?

Majikan tidak perlu mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah yang baru bagi tuntutan kedua dan ketiga. Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat bagi tuntutan kedua dan ketiga sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.

Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Soalan #10 : Bolehkah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon Program Subsidi Upah?

Boleh. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah tetapi masih belum berdaftar dengan PERKESO, hendaklah memenuhi syarat berikut:

  • Telah berdaftar dengan SSM, PBT atau pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal sebelum 1 Januari 2020
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja
  • Mendaftar dengan PERKESO

Soalan #11 : Apakah perbezaan antara SIP, Program ERP dan Program Subsidi Upah?

Untuk baca lebih lanjut soalan lazim berkaitan Program Subsidi Upah, korang boleh klik link di bawah:

Program Subsidi Upah

Infografik Program Subsidi Upah

Sumber gambar : https://www.perkeso.gov.my/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *