Standard Chartered dan Public Bank turunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR)
Standard Chartered Malaysia and Standard Chartered Saadiq akan menurunkan kadar asas (BR) kepada 2.27 peratus dan Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR) kepada 5.45 peratus berikutan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Dalam satu kenyataan, ia berkata semakan turun sebanyak 25 mata asas akan berkuat kuasa pada 14 Julai, kadar simpanan tetap dan kadar faedah i-deposit/keuntungan juga akan dikurangkan.
Sementara itu, Public Bank Bhd dan Public Islamic Bank akan turun menurunkan BR dan BLR kepada 0.25 peratus berkuat kuasa pada 10 Julai.
Kadar deposit tetap Public Bank akan turut dilaraskan sebanyak 0.25 peratus, pada tarikh yang sama.
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengurangkan OPR untuk kali keempat tahun ini sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus.
Langkah itu dijangka akan memberikan rangsangan dasar tambahan untuk mempercepatkan kadar pemulihan ekonomi yang terjejas akibat penularan COVID-19.
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]