Pencarum KWSP dibenarkan keluar RM500 sebulan daripada akaun 2 bermula 1 April 2020
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sidang Media telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan….