Tak tahu macam mana nak mohon moratorium?
Bila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beritahu yang moratorium bakal ditawarkan kepada semua (tak kisah B40, M40 dan T20), ramai yang tertunggu – tunggu update terkini. Termasuk Min.
Ini info terkini yang Min dapat daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Jom baca sama – sama.
–
Moratorium pinjaman selama 6 bulan tersedia kepada semua individu (B40, M40, dan T20), perusahaan mikro, dan PKS yang terjejas mulai 7 Julai 2021.
Cara memohon moratorium selama 6 bulan
Untuk mendapatkan bantuan ini, sila hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021.
- Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon.
- Isi butiran peribadi dan butiran pembiayaan anda.
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
- Bank anda akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).
- Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan pihak bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.
Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka boleh terus berbuat demikian. Menyambung bayaran balik pinjaman akan memberi manfaat kepada mereka kerana tindakan itu boleh mengurangkan keseluruhan kos pinjaman.
Jika anda memerlukan bimbingan atau mahu mencari bantuan bayaran balik pinjaman alternatif, anda boleh menghubungi AKPK melalui services.akpk.org.my
PKS (termasuk perusahaan mikro) boleh memohon mendapatkan bantuan khidmat nasihat menerusi saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk. Saluran bantuan dalam talian ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu mereka dalam membuat permohonan bantuan bayaran balik pinjaman.
Penting!
Bantuan bayaran balik pinjaman yang diperoleh pada tahun 2021 tidak akan menjejaskan laporan CCRIS anda.
Senarai Laman Web Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Institusi Perbankan
Berikut adalah senarai laman web institusi perbankan dengan butiran mengenai program bantuan bayaran balik pinjaman mereka.
–
Kami akan update berita moratorium ni dari masa ke semasa. Stay tune and stay safe!
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]