Tarikh akhir permohonan baru dan rayuan BPN pada 30 April 2020

| |

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan bantuan tunai secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat khusus untuk meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) manakala BPN bagi golongan M40 pula adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sehubungan itu, bagi isi rumah mahupun individu bujang yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus, mereka boleh membuat permohonan baharu atau rayuan melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.

Permohonan baharu dan rayuan ini hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April 2020. Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekaligus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020.

Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuatnaik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas seperti berikut:

Soalan Lazim (FAQ) BPN

Selain itu, sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

i) Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM

ii) Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Previous

Duduk di Rumah dan Sokong Perniagaan Tempatan dengan ‘Ramadan bersama Mudah.my’

Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) khas kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dibuka esok

Next

Leave a Comment