UOB buka operasi cawangan pada hujung minggu untuk program bantuan COVID-19
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB) akan membuka cawangannya di seluruh negara pada hujung minggu bulan ini untuk menawarkan program bantuan COVID-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia memaklumkan semua cawangannya akan dibuka esok dan 20 Sept serta 26-27 Sept mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari kecuali di Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu dan Lebuh Bishop (Pulau Pinang).
Cawangan di Lebuh Bishop akan ditutup pada hujung minggu berikutan kerja-kerja pengubahsuaian, manakala cawangan di Kota Bharu dan Kuala Terengganu akan dibuka pada 18, 19, 25 dan 26 Sept (Jumaat dan Sabtu) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.
“Kami sedar, sebahagian daripada pelanggan mungkin memerlukan bantuan kewangan yang berterusan selepas moratorium berakhir pada 30 Sept ini.
“Disebabkan itu, kami meneruskan program bantuan COVID-19 untuk menawarkan sokongan kepada mereka selepas (tempoh) moratorium,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Wong Kim Choong.
Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi uobcustomerservice@uob.com.my
–
Nak update terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Jom join Channel Telegram rasmi Bijak Kewangan. Kami akan kongsikan info terkini khas untuk anda!
[KLIK GAMBAR SEKARANG]