|

3 aspek penting dalam merancang kewangan peribadi

Merancang kewangan dengan baik boleh buatkan kehidupan kita menjadi lebih teratur.

Perkara ni sangat penting supaya kita tak sesak di tengah-tengah bulan. Silap hari bulan, tengah bulan dah pening. Mestilah korang tak nak berdepan dengan situasi ni kan?

Bagi korang yang masih tercari cari apa aspek yang perlu diutamakan dalam merancang kewangan, baca artikel ni sampai habis.

Bila baru bermula, masukkan 3 aspek ni dalam perancangan kewangan korang

  1. Perlindungan
  2. Simpanan
  3. Pelaburan

Gunakan formula PSP.

#1 Perlindungan

Berapa banyak coverage takaful yang sesuai?

Formula asasnya adalah 10 tahun gaji sekarang.

Contohnya kita bergaji RM3,000. Darab dengan 10 tahun. Maksudnya kita perlu ada sekurang-kurangnya coverage RM300,000.

Takaful sangat penting sekiranya kita hilang upaya untuk bekerja, kita mampu survive hidup.

Malah andai kata kita meninggal secara tiba tiba, pasangan hidup kita mampu teruskan hidup dengan adanya pampasan takaful.

#2 Simpanan

Berapa banyak simpanan yang kita perlu ada ni bergantung pada matlamat kewangan kita.

Untuk dana kecemasan seeloknya 3 bulan gaji. Katakan gaji kita RM3,000. Sekurang-kurangnya kita perlu ada simpanan RM9,000.

Katakan kita rancang untuk berkahwin dalam masa 2 tahun lagi. Tetapkan berapa simpanan untuk kahwin yang kita perlu ada. Contohnya kita target ada RM20,000 untuk urusan perkahwinan.

#3 Pelaburan

Bila memilih platform pelaburan, pastikan kita tahu apa yang kita laburkan dan risiko yang kita bakal hadapi. Lagi tinggi ROI, lagi tinggi risiko yang kita bakal hadapi.

Ada platform pelaburan yang perlukan modal serendah RM100 je. Contohnya Wahed Invest.

Kalau risk profile korang moderate, korang boleh park duit korang dalam ASB.

Mungkin ada antara korang yang rasa susah pada awalnya untuk rancang kewangan dengan serius. Biasalah tu.

Takpe ambil sebanyak mana masa yang korang perlukan. Janji korang bertindak. Kalau boleh, kami nak kewangan korang semakin baik 2020 ni.

Paling kurang, korang dah mula sedar apa yang korang kena buat lepas baca perkongsian hari ni. Kayuh pelan-pelan ye.



Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *